Bayangkan anda tengah memandu tiba-tiba kereta rosak tengah highway. Sudah pasti bagi anda yang tidak ada pengalaman menghadapi situasi sebegini akan menjadi panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Lebih-lebih lagi bila kereta anda rosak di tengah-tengah kesesakkan lalu lintas. Sudah pasti akan buatkan anda kelam-kabut. Sudah pasti akan membuatkan anda bertambah panik terutama sekali bila kereta belakang hon kereta anda.
Jika anda menghadapi situasi sebegini, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah bertenang dan jika kenderaan anda rosak tengah highway cuba tolaknya ke tepi supaya jalan supaya mudah untuk anda melakukan tindakkan yang seterusnya.
Ada beberapa tips yang boleh anda lakukan jika anda mengalami situasi sebegini. Malah, tips yang Abah Car Spa kongsikan ini dapat membantu anda ketika menghadapi situasi sebegini. Jadi, pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda tip yang boleh anda lakukan sekiranya menghadapi situasi sebegini.
Jika anda sedang berhadapan dengan situasi sebegini, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan cuba berhentikan kereta anda di laluan kecemasan. Jangan biarkan kereta anda terus rosak tengah highway. Jika biarkan kereta anda rosak tengah highway tanpa menolaknya ke tepi, ia mungkin akan menyebabkan berlakunya kesesakkan lalu lintas.
Perkara seterusnya yang perlua anda lakukan dengan menghidupkan lampu kecemasan kereta anda. Ia bertujuan untuk memberi isyarat pada kenderaan lain yang kereta anda sedang menghadapi masalah. Jika lampu kecemasan kereta anda tidak berfungsi anda menggunakan cara lain seperti meletakkan segi tiga kecemasan. Cara ini juga dapat memberitahu kereta anda sedang rosak.
Jika anda mahir dalam membaiki kereta, waktu sebeginilah yang sangat sesuai untuk anda menggunakan kemahiran anda. Satu perkara yang perlu anda elakkan ialah jangan sesekali tahan kereta lain untuk minta bantuan kerana anda tidak tahu kereta siapa yang anda tahan. Dibuatnya kereta yang anda tahan itu kereta penjenayah yang merbahaya, sudah tentu diri anda dalam bahaya. Jadi jika boleh baiki sendiri cuba baikinya sendiri.
Baca juga: 5 Jenis Gajet Yang Penting Buat Anda Ketika Memandu
Jika anda tidak mempunyai kemahiran membaiki kereta, anda boleh hubungi siapa-siapa yang anda kenal untuk dapatkan bantuan. Ataupun satu lagi cara paling mudah ialah dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat konsesi lebuh raya. Biasanya, syarikat konsesi lebuh raya seperti plus ada menyediakan perkhidmatan menunda kenderaan. Jadi, anda perlulah simpan nombor-nombor penting seperti syarikat penunda kereta atau mekanik. ia supaya memudahkan anda untuk meminta bantuan jika kereta rosak tengah highway.
setelah anda menghubungi bantuan, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah menunggu bantuan tiba. Seeloknya, anda menunggu di luar kenderaan anda. Kalau anda menunggu di dalam kenderaan ia mungkin menyukarkan pihak yang hendak membantu anda. Bukan itu sahaja, ia juga mungkin boleh menyebabkan menyebakan orang lain boleh melanggar kenderaan anda. Dalam pada masa yang sama apabila kereta rosak tengah highway perkara yang penting yang perlu anda titik beratkan ialah bertenang dan berfikir secara rasional.
Memang benar, apabila kereta rosak tengah highway ia merupakan satu perkara yang sangat memeningkan. Mana tidaknya, jika kereta rosak tengah highway pasti sukar untuk anda dapatkan bantuan terutama sekali mekanik. Sebab itu anda perlu tahu apa yang perlu dilakukan jika kereta rosak tengah highway. Apa yang paling penting anda perlulah menyimpan nombor-nombor penting supaya ia memudahkan anda jika kereta rosak tengah highway. Bayangkan, kalau anda tidak menyimpan nombor yang penting, apa yang bakal berlaku kepada anda jika kereta rosak tengah highway nanti? Diharapkan perkongsian ini dapat dijadikan sebagai panduan buat anda diluar sana.