perintah kawalan pergerakan

5 Pekerjaan Yang Boleh Dibuat Di rumah Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan

perintah kawalan pergerakan

Perintah kawalan pergerakkan mula di kuatkuasakan mulai 18 Mac yang lalu. Ia bertujuan untuk memutuskan rantaian Covid-19 supaya tidak terus merebak dalam negara kita.

Banyak syarikat telah di tutup kerana perintah kawalan pergerakan ini. Disebabakan itu, ramai hilang punca pendapatan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Ada Bermacam Pekerjaan Sampingan Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini

Namun, dalam pada masa yang sama, anda juga boleh melakukan pelbagai pekerjaan sampingan ketika berada di sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Malah ada antara pekerjaan ini anda tidak perlu keluar rumahpun, anda boleh melakukanya ketika di rumah dan daapt meluangkan masa bersama dengan keluarga anda. Jadi, pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda pekerjaan yang boleh anda lakukan di rumah sewaktu perintah kawalan pergerakan.

1-Perniagaan Online

Perniagaan online sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini di ibaratkan seperti “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Ditambah pula dengan permintaan yang tinggi dari pelanggan, ramai yang menjadikan perniagaan online sebagai salah satu pendapatan sampingan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Antara, yang mendapat permintaan yang tinggi pada waktu ini sudah tentulah makanan.

Lagipun, baazar Ramadhan pada tahun ini terpaksa dibatalkan. Justeru itu, ia memberi peluang kepada mereka diluar sana untuk menjual makanan secara online. Ia sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi pendapatan anda pada waktu Perintah kawalan pergerakan ini.

2-Tawarkan Perkhidmatan Menulis

Jika nada mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan, anda boleh menawarkan perkhidmatan menulis secara atas talian. Perkhidatan penulisan juga turut mendapat sambutan yang hangat terutama dari peniaga online. Ini kerana, mereka memerlukan ayat copywriting untuk membantu dalam mengiklankan produk mereka. Justeru itu, mereka memerlukan orang yang pakar dalam membuat ayat copywrting jualan. Ini juga salah satu pekerjaan yang anda boleh lakukan pada waktu perintah kawalan pergerakkan dan tidak perlu keluar dari rumah.

3-Dropship

Untuk memulakan perniagaan pada waktu perintah pergerakan ini mungkin agak sukar jika tidak ada modal. Jadi, jalan peneylesaian yang boleh anda lakukan ialah dengan menjadi dropship. Dropship sebenarnya, sama seperti perniagaan online. Cuma anda tidak perlu pegang stok, dan tidak perlu keluar untuk pos barang. Malah ada juga yang tidak perlu keluarkan duit langsung jika anda hendak menyertai dropship. Jadi, pada waktu Perintah kawalan pergerakan inilah ramai yang mengambil peluang untuk menjadi dropship untuk menambah pendapatan mereka.

4-Runner/ Penghantar Barang

Jika anda mempunyai motor atau kereta, anda boleh menjadi seorang runner atau penghantar barang. Tambahan pula pada waktu perintah kawalan pergerakan ini, perkhidmatan runner sangat diperlukan untuk membeli dan menghantar barang. Di tambah pula dengan peniaga online yang semakin ramai, sudah pasti khidmat runner sangat diperlukan.

5-Designer

Pada waktu perintah kawalan pergerakan ini perkhidmatan designer juga sangat diperlukan. terutama sekali di dlam kalangan perniaga online. Peniaga online pasti akan memerlukan perkhidmatan designer untuk membuatkan poster atau abnner bagi mengiklankan produk mereka di media social. Jadi jika anda mempunyai kemahiran dalam design atau anda mahir dlam menggunakan aplikasi untuk design anda boleh gunakan kemahiran anda di waktu perintah kawalan pergerakan ini untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan anda.

Dengan Adanya Kerja Sampingan Seperti Ini Ia Sedikit Sebanyak Dapat Membantu Anda Untuk Menambah Pendapatan Waktu Perintah Kawalan Pergerakkan Ini

Dengan melakukan kerja sampingan seperti ini, ia sedikit  sebanyak dapat menambahkan lagi sumber kewangan anda di waktu perintah kawalan pergerakan ini. Setidaknya, hasil dari pendapatan yang anda dapat ini dapat di gunakan untuk membeli barang keperluan dan barang makanan dan dapat digunakan untuk menampung kehidupan anda pada waktu perintah kawalan pergerakan ini.

Dalam pada masa yang sama, bersma-sama kita mendoakan keselamatan frontliner dalam menjalankan tugas untuk melawan covid-19 ini. Diharapkan perkongsian dari Abah Car Spa pada kali ini dapat memberikan manfaat dan dapat dijadikan sebagai panduan buat anda untuk menambahkan lagi pendapatan anda.

Baca Juga: 7 Cara Terbaik Untuk Menjimatkan Minyak Kereta Anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× How can I help you?