Perkara pertama yang akan akan tertanya-tanya bagi pengguna kereta ialah macam mana cara nak menjimatkan minyak kereta mereka.
Tidak guna jika anda membeli kereta yang jimat miyak sekalipun tetapi jika anda tidak pandai mengamalkan cara pemanduan yang betul, ia teatp juga kan mengakibatkan penggunaan minyak yang banyak.
Justeru Itu, anda perlulah mengubah tabiat pemandu anda. Jika anda bijak mengubah cara anda memandu sudah pasti anda tidak perlu pening kepala memikirkan untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk mengisi minyak. Berikut adalah cara yang anda boleh gunakan untuk menjimatkan minyak kereta anda.
Salah satu cara untuk menjimatkan minyak kereta adalah dengan ubah cara anda membrek kereta. Ini kerana, ramai antara pemandu di luar sana gemar menekan brek secara mengejut dengan sengaja. Tindakkan sebegini akan menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi. Tidak hairanlah kalau anda kena selalu isi minyak di sebabkan tindakkan sebegini. Bukan itu sahaja, ia juga merosakan sistem brek kereta anda dan anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaikinya.
Kalau anda sedang menunggu seseorang di dalam kereta seeloknya anda mematikan enjin kereta anda dan buka tingkap kereta anda. Walaupun kereta anda tetapi apabila anda menghidupkan enjin kereta minyak kereta anda tetap berjalan seprti biasa. Ia sudah tentu merupakan satu pembaziran dan sangat merugikan minyak anda. Jadi, untuk menjimatkan minyak kereta anda ini adalah salah satu cara yang boleh anda gunakan.
Satu lagi cara untuk menjimatkan minyak kereta adalah dengan mengurangkan beban yang di bawa dalam kereta. Jika anda membawa beban yang terlalu berat, ia akan menyebabkan kereta anda terpaksa menggunakan tenaga yang banyak bergerak dan anda juga terpaksa menekan minyak yang lebih dari biasa untuk menggerakkan kereta anda . Bila terpaksa menekan minyak dengan lebih maka penggunaan minyak juga amat tinggi.
Cara untuk menjimatkan minyak kereta yang seterusnya adalah dengan sentiasa memeriksa tekanan tayar kereta anda. Tayar yang kurang tekanan angin akan menyebabkan pergerakan kereta menjadi berat dan sekali gus akan menyebabkan penggunaan minyak tinggi sehingga boleh menyebabkan penggunaan minyak kereta anda boleh mencecah sehingga 35 peratus. Jadi Sebelum anda bergerak pastikan anda periksa dahulu tekanan angin di tayar anda.
Penggunaan penghawa dingin sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada penggunaan minyak kereta anda. Malah boleh dikatakan ia boleh menyebabkan anda menggunakan minyak dengan terlalu tinggi. Salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk menjimatkan minyak adalah dengan membuka tingkap kereta anda. Cara ini anda mungkin boleh gunakan pada waktu malam atau pada cuaca yang sejuk terutama sekali lepas hujan.
Ini antara perkara yang tidak boleh anda lakukan jika anda mahu menjimatkan minyak kereta anda. Pada permulaan untuk menggerakan kereta jangan amalkan sikap suka menekan minyak secara mengejut atau secara banyak. Dengan menekan minyak secara mengejut, ia sebenarnya akan menyebabkan pembakaran bahan bakar kereta menjadi tidak setabil dan sekali gus akan menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi.
Cara untuk menjimatkan minyak kereta yang terakhir ialah cuab elakkan adari memandu pada waktu punca. Jika anda mahu keluar bersiar-siar atau pergi kemana-mana seeloknya elakkan memandu pada waktu puncak atau pada waktu yang boleh menyebabkan anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Sebolehnya, pilih waktu yang kurang kereta di atas jalan raya atau pilih jalan yang tidak sesak. Ini kerana, kesesakan lalu lintas juga boleh menyebabkan salah satu penggunaan minyak yang sangat kuat.
Baca juga: 5 Benda Berbahaya Yang Dilarang Diletakkan Di Dalam Kereta
Kesimpulanya, untuk menjimatkan minyak bukanlah satu perkara yang mustahil, apa yang penting anda tahu cara bagaimana hendak menjimatkan minyak. Di harapkan perkongsian dari Abah Car Spa pada kali ini dapat dijadikan sebagai panduan dan memberi manfaat buat para pembaca di luar sana.