Memandu pada waktu hujan memerlukan anda untuk memandu dengan penuh berhati-hati. Ini kerana jika anda tidak memandu dengan berhati-hati ketika waktu hujan ia mungkin akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Justeru itu, apabila memandu pada waktu hujan, anda perlu menitik beratkan soal keselamatan dengan lebih tinggi.
Sebab itu, anda perlu memastikan kereta anda sentiasa di selenggara supaya ia selamat di gunakan ketika hendak memandu terutama memandu dalam waktu hujan. Jadi pada kali ini, Abah Car Spa mahu berkongsi dengan anda 5 tips yang sangat berguna ketika memandu pada waktu hujan.
Pada waktu hujan jangan sesekali anda memandu dalam kelajuan yang laju. Ini kerana, kebiasaanya, pada waktu hujan jalan akan menjadi lebih licin. Ia akan menyebabkan anda gagal mengawal kenderaan dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Tambahan pula, jarak penglihatan pada waktu hujan agak terbatas. Sebab itu ramai yang memilih untuk memandu dengan kelajuan yang perlahan bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Walaupun, anda mahu cepat sampai ke destinasi yang anda hendak tuju, itu bukanlah alasan untuk anda memandu secara melulu dan laju. Jadi bila waktu hujan, anda perlulah sentiasa memandu secara berhati-hati. Biar lambat asal selamat. Dengan pemanduan yang sebgini ia sekurangnya dapat menyelamatkan nyawa anda.
Pada waktu hujan jalaraya akan menjadi licin. Justeru itu, anda perlulah menjaga jarak antara kereta anda dengan kereta di hadapan anda. Ini supaya dapat mengelakkan berlakunya pelanggaran jika kereta di hadapan anda brek secara mengejut. Bukan itu sahaja, Cengkaman tayar akan menjdai kurang sewaktu hujan ia alan mengakibatkan jarak untuk kereta anda berhenti menjadi bertambah terutama sewaktu menekan brek. Jika brek ditekan terlalu kuat, kereta anda mungkin akan tergelongsor tanpa kawalan.
Baca Juga: 5 Tips Asas Penjagaan Kereta Yang Wajib Anda Tahu
Umum mengetahui apabila memandu pada waktu hujan jarak penglihatan agak terhad di sebabkan oleh kabus dan air hujan. Oleh itu, Abah Car Spa sarankan supaya supaya anda buka lampu kereta anda ketika memandu dalam hujan. Ia bertujuan untuk membantu anda melihat objek atau kereta di hadapan anda dan dalam masa yang sama untuk membantu orang di belakang anda melihat kereta anda. Tetapi dalam jangan sesekali menghidupkan lampu fog lamp belakang. Ini kerana, ia akan menyebabkan orang belaknag anda menjadi silau dan sekali gus boleh menyebabkan kemalangan.
Ini sering kali dilakukan oleh mereka di luar sana. Apabila memandu pada waktu hujan, jangan sesekali menghidupkan lampu kecemasan. Ramai yang beranggapan dengan menghidupkan lampu kecemasan ia adalah cara yang betul untuk memandu di dalam hujan. Lampu kecemasan hanya boleh di hidupkan apabila kenderaan anda menghadapi masalah atau rosak. Tindakkan anda menghidupkan lampu kecemasan akan menyebabkan orang belakang anda menjadi keliru dan salah faham. Cara yang betul ialah dengan menghidupkan lampu besar kereta.
Jika hujan terlalu lebat dan menyebabkan jerak penglihatan semakin teruk, seeloknya jangan teruskan pemanduan. Cari tempat yang sesuai dan selamat untuk anda berhenti seketika. Berhenti seketika sampai hujan reda atau berhenti baru anda sambung pemanduan anda. Jika anda masih teruskan pemanduan ketika waktu hujan lebat ia di kuatiri akan menyebabkan berlakunya kemalangan kerana anda tidak dapat melihat objek atau kereta di hadapan anda.
Memandu dalam hujan sememangnya memerlukan fokus dan juga kesabaran yang sangat tinggi. Bukan itu sahaja, memandu dalam hujan juga memrlukan anda untuk sentiasa peka terhadap sekeliling. Ini kerana, sedikit kecuaian akan menyebabkan berlakunya kemalangan jiwa. Malah, jika kita lihat kebanyakkan kemalangan yang berlaku di sebabkan oleh kerana sikap pemandu yang gemar memandu secara laju kerana mahu cepat sampai ke destinasi. Akibatnya, kerana sikap segelintir peandu yang sebegini menyebabkan orang lain yang menjadi mangsa.