Bau busuk dalam kereta sememangya sesuatu yang amat menyeksakan hidung kita. Ia boleh menghilangkan mood anda untuk memandu ke dstinasi yang anda hendak tuju.
Pasti anda tertanya-tanya ada ke cara paling berkesan untuk hilangkan bau busuk dalam kereta ini.
Abah Car Spa percaya pasti ramai yang beranggapan untuk menghilangkan bau busuk dalam kereta adalah sangat sukar dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Sebab itu ramai yang sanggup membiarkan sahaja kereta berbau busuk
Sebenarnya masih ada lagi cara yang terbaik untuk membantu anda menyelesaikan masalah seperti ini. Malah apa yang lebih seronok cara ini anda boleh lakukan dengan sendiri tanpa perlu keluarkan wang yang banyak. Nak tahu caranya? om baca dekat bawah ini
1-Buka Sedikit Tingkap Ketika Sedang Parking
Cara ini adalah cara yang amat mudah untuk anda lakukan. Apabila anda sedang meletakkan kenderaan di rumah anda tidak kiralah sama ada sama ada pada waktu siang atau malam anda boleh buka sedikit tingkap kereta anda. Bagi Abah Car Spa ini adalah cara yang paling mudah untuk anda menghilangkan bau busuk dalam kereta malah anda tidak perlu keluarkan wang langsung. Namun begitu dalam soal ini anda perlu lihat kawasan sekaliling anda adakah selamat atau tidak untuk bukak sedikit tingkap kereta anda.
2-Basuh Ke Semua Karpet Dan Lapik Bonet
Cara kedua ini juga adalah cara yang berkesan untuk menghilangkan bau busuk dalam kereta. Abah Car Spa sarankan supaya anda sentiasa cuci ke semua bahagian kapet dan juga lapik bonet kereta anda. ini kerana, Di bahagian sebegini biasanya mengandungi sisa kekotoran yang tersembunyi yang boleh menyebabkan kereta anda berbau busuk. Tetapi selepas anda cuci jangan lupa untuk anda keringkan ke semua karpet dan lapik bonet.
Baca Juga: 5 CARA YANG BETUL UNTUK ANDA MENCUCI KERETA ANDA
3-Guna Serbuk Kopi
Serbuk kopi adalah cara tradisional yang sering di gunakan untuk menghilang bau busuk dalam kereta. Abah Car Spa percaya asalah satu sebab kenapa ramai yang menggunakan srbuk kopi adalah kerana harga dia yang murah dan sangat mudah untuk didapati. Cara dia sangat senang hanya letakkan serbuk kopi di sudut kabin dan biarkan semalaman. Tapi anda kena ingat jangan sesekali guna kopi 3+1 sebab ianya bukan boleh menghilangkan bau busuk dalam kereta sebaliknya ia akan mengundang semut datang.
4-Baking Soda
Baking soda juga sebenarnya salah satu cara yang boleh digunakan untuk untuk menghilangkan bau busuk dalam kereta. Caranya, sangat mudah hanya perlu taburkan sahaja soda penaik atau baking soda di beberapa kawasan yang berbau atau kawasan yang terkena tumpahan air atau terkena sisa makanan dan biarkan semalaman. Kemudian keesokan harinya anda boleh bersihkan ia dengan hanya menggunakan vakum.
5-Bawa Ke Spa
Kalau anda mahu cara paling mudah bawa sahaja kereta anda ke pusat cucian kereta atau sapa kereta seperti Abah Car Spa dekat spa kereta anda tidak perlu pening-pening kepala sebab mereka mempunyai kepakaran dalam mencuci kereta dan mempunyai kepakaran dalam mencuci bahagian dalaman kereta. Apa yang anda perlu buat hanya sediakan wang yang secukupnya dan tunggu sehingga kereta anda siap.
Sebenarnya, cara yang Abah Car Spa sebutkan tadi sangat mudah untuk anda lakukan. Dengan cara sebegini anda sudah tidak perlu risau lagi jika jika kereta anda berbau busuk. Malah anda juga memandu dalam keadaan kereta anda yang wangi dan segar. Ia sudah tentu akan membuatkan anda selesa dan segar ketika memandu kereta untuk menuju ke destinasi yang anda mahukan. Dengan tips yang Abah Car Spa kongsikan ini diharapkan ia dapat memberikan panduan dan manfaat buat anda di luar sana tentang penjagaan kereta dengan betul dan mudah.