Perkara yang paling merisaukan ketika memandu ialah memandu ketika mengantuk. Kadang-kala ia menjadi igauan ngeri buat semua para permadu. Malah banyak kemalangan berlaku di sebabkan oleh pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa ips terbaik untuk elakkan dari mengantuk ketika memandu. Sebenarnya ada cara terbaik untuk anda hilangkan rasa mengantuk anda ketika memandu. Malah cara ini amat bekersan untuk mereka yang suka.
Pada kali ini Abah Car Spa mahu berkongsi dengan anda beberapa tips terbaik yang boleh di gunakan bagi menghilangkan rasa mengantuk. Tips ini boleh di jadikan sebagai panduan buat mereka yang gemar memandu terutama yang gemar memandu pada jarak jauh. Jom kita baca tipsnya di bawah ini.
Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah perlu mendapatkan rehat yang secukupnya. Abah Car Spa percaya pasti ramai di antara anda yang mengetahui salah satu punca kemalangan adalah di sebabkan oleh pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Tidak kiralah anda hendak memandu untuk perjalanan dekat atau perjalanan jauh sekali pun pastikan sebelum anda memandu anda rehat secukupnya dan jangan sesekali paksa diri memandu dalam keadaan yang mengantuk. Pastikan sebelum anda memandu anda dapat tidur yang yang mencukupi terutama mereka yang hendak memandu pada perjalanan jarak jauh. Memandu pada destinasi yang jauh sebenarnya akan menyebabkan kita rasa lebih mengantuk berbanding perjalanan jarak dekat.
Abah Car Spa percaya pasti ramai yang mengetahui salah satu sebab kita mudah rasa mengantuk ialah disebabkan oleh tenaga dan bendalir dalam badan kita berkurangan. Jadi jalan terbaik ialah dengan mengambil minuman Isotonik atau berkafein. Ini kerana, minuman isotonik mampu mengembalikan semula tenaga dan bendalir dan badan anda. Manakala, bagi minuman berkafein pula ia boleh menghilangkan rasa mengangtuk. Bagi anda yang mungkin tidak minum nescafe atau minuman isotonik anda boleh gantikan dengan kopi atau teh panas.
Jika anda memandu dengan pasangan atau kawan-kawan, anda boleh gunakan kesempatan tersebut untuk berborak dengan rakan-rakan. Ini kerana, ia merupakan salah satu cara yang terbaik untukmenyegarkan mata anda ketika memandu. Cara sebgini akan dapat mengelakkan kita khayal dan melayan perasaan ketika memandu. Bagi penumpang pula anda perlulah memeinkan peranan supaya pemandu kekal fokus dan segar ketika memandu.
Satu lagi cara yang berkesan ialah dengan merehatkan diri sebentar. Jika badan anda terlalu letih dan mengantuk, jangan sesekali mengambil risiko dengan paksa badan anda untuk memandu. Sebaliknya, berhenti sebentar di mana-aman hentian rehat untuk merehatkan badan. Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan melakukan sedikit senaman ringan. Lakukan senaman ringan ini selama 5 atau 10 minit supaya darah dalam badan dapat mengalir dengan teratur. Kemudian anda boleh sambung semula pemanduan anda apabila anda sudah hilang rasa mengantuk.
Mmendengar muzik yang rancak ketika memandu sebenarnya salah satu cara efektif untuk menghilangkan rasa rasa penat ketika sedang memandu. terdapat beberapa jenis muzik yang boleh memberikan ransangan dan membuatkan dan meningkatkan lagi ketajaman minda dan kewaspadaan ketika memandu. Jadi slepas ini jika anda memandu anda boleh amalkan memandu sambil mendengar muzik yang sedikit rancak untuk menyegarkan mata anda. Selain dari mendengar muzik yang rancak anda juga boleh memandu sambil mendengar lagu kegemaran anda. Sudah pasti anda akan terasa lebih segar.
Kesimpulanya, jika kita lihat kenapa saban tahun setiap tibanya musim perayaan kemalangan jalan raya semakin meningkat. Selain dari faktor mereka yang gemar bawa kenderaan dalam keadaan laju dan berbahaya, faktor memandu dalam keadaan mengantuk juga sebenarnya menjadi penyumbang yang paling besar. Sebenarnya, kemalangan seperti ini dapat di elakkan jika anda dapat rehat yang cukup.