Sekarang sedang heboh mengenai jangkitan Corona Virus (Covid-19). Covid-19 ini bukan sahaja sedang menular di negara kita malah turut menular sampai ke luar negara. Ia sudah tentu menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat kita. Ramai yang sudah mula mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelakkan diri serta keluarga di jangkiti virus covid-19
Jika kita lihat orang ramai sudah mula mengambil langkah pencegahan awal. Ada antara mereka di luar sana yang sudah mula mengambil suntikkan vaksin bagi menghalang dari terkena jangkita. Jadi pada kali ini Abah Car Spa berkongsikan dengan anda 5 tips untuk mengelakkan diri dari dijangkiti virus covid-19
Sebagai langkah pecegahan awal, Abah Car Spa sarankan supaya anda mengambil vaksin di hospital kerajaan atau swasta. Salah satu sebab kenapa anda sangat di galakkan untuk mengambil vaksin ini adalah untuk menguatkan anti-body badan anda dan sekali gus dapat menghalang diri anda dari mudah terkena jangkitan Covid 19
Di musim jangkitan virus influenza ini, anda di nasihatkan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat terbuka serta elakkan dari berhimpun di tempat yang mempunyai ramai orang. Namun, jika anda terpaksa pergi ke tempat yang terbuka, anda di nasihatkan menggunakan penutup mulut dan hidung dan sentiasa memastikan tangan anda sentiasa dalam keadaan yang bersih. Bukan itu sahaja, buat sementara waktu ini tangguhkan dahulu hasrat anda untuk pergi bercuti sama ada dalam mahupu di luar negara. Anda boleh pergi bercuti selepas keadaan kembali reda.
Baca Juga: 5 Tips Awesome Untuk Elakkan Lipas Bersarang Dalam Kereta
Bagi anda yang mungkin bekerja di tempat yang terbuka dan sering berjumpa dengan orang ramai, anda di nasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung. Bukan Sahaja, untuk mereka yang yang bekerja malah mereka yang hendak keluar ke mana-mana sahaja anda amat di galakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut. Terutama jika anda terpaksa mengunjungi atau pergi ke tempat yang mempunyai ramai orang. Kalau boleh, kurangkan dari bersentuhan dengan orang lain dan sentiasa bawa serta gunakan hand sanitizer.
Ini perkara yang perlu anda titik beratkan. Tidak kira apa juga aktiviti yang anda lakukan, pastikan setiap kali anda habis lakukan tersebut basuh tangan anda. Ini bertujuan untuk memastikan tangan anda sentiasa dalam kedaan yang bersih. Terutama sekali selepas anda memagang benda di tempat awam. Anda boleh mencuci tangan anda menggunakan hand sanitizer. Sebab itu anda sangat di galakkan untuk membawa sekali hand sanitizer sekali berasama dengan anda walau ke mana shaaja anda pergi. Ia bertujuan untuk memudahkan anda membasuh tangan dengan lebih kerap.
Jika anda tidak sihat seperti demam batuk atau selsema, jangan biarkan ia berlarutan. Sebaliknya, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera. Terutama yang mempunyai rekod perjalanan ke negara yang terjejas. Tindakkan bijak yang anda lakukan ini setidaknya akan mengelakkan diri anda dari terkena jangkitan Covid-19. Setidaknya, anda boleh melakukan pencegahan yang lebih awal. Dalam pada yang sama, ikut arahan yang di keluarkan oleh doktor. Jika anda gejala jangkitan, anda perlu kuarintin diri anda. Jangan keluar sesuka hati.
kesimpulanya, anda perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri anda. Ini kerana, jika anda tidak menjaga kebersihan ia boleh menyebabkan diri anda mudah terkena jangkitan penyakit. Bukan itu sahaja, anda juga perlulah memastikan kawasan persekitaran anda dalam keadaan yang bersih. Pastiakn juga anak serta keluarga anda sentiasa menjaga kebersihan diri masing-masing. Dapatkan juga maklumat tentang pencegahan Covid 19 dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai panduan dan juga cara terbaik untuk anda mengelakkan diri dari terkena jangkitan Covid-19