Siapa sangka pada era moden masa kini masih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan, tidak kiralah sama ada secara online ataupun di tempat awam. ABAH CAR SPA yakin ramai di antara anda di luar sana yang pernah menjadi mangsa penipuan terutama dalam pembelian kereta terpakai. Dalam soal ini ABAH CAR SPA yakin pasti anda ada pengalaman di tipu oleh salesman sewaktu membelli kereta terutama kereta terpakai.
Dalam membeli kereta terpakai, ABAH CAR SPA menasihatkan supaya anda memilih dalam keadaan yang tenang dan tidak terlalu terburu-buru. Ini kerana, jika memilih dalam keadaan terburu-buru akan memberi peluang kepada sales man yang tidak jujur untuk menipu anda. Untuk itu ABAH CAR SPA nak kongsikan dengan anda TIPS TERBAIK UNTUK MEMBELI KERETA TERPAKAI SUPAYA TIDAK DI TIPU OLEH SALES MAN.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah ketahui berapa bajet anda. Dalam soal ini ABAH CAR SPA, nasihatkan supaya anda membuat dahulu research sebelum membeli kereta. Cari kereta yang mengikut bajet dan seeloknya bertanya dahulu kepada salesman berapa harga on the road kereta yang anda hendak beli. Dengan cara ini senang untuk anda merancang bajet anda.
Apabila anda sudah dapat kereta yang mengikut bajet anda, Jangan terus beli sebaliknya ABAH CAR SPA nasihatkan supaya anda periksa dahulu kedaan fizikal kereta tersebut. Lihat sama ada kereta tersebut pernah mengalami kemalangan yang besar atau tidak. Bukan sahaja, badan kereta yang anda perlu periksa tetapi juga bahagian enjin kereta juga anda perlu periksa, sama ada anda perlu keluarkan wang yang banyak untuk baik pulih kereta atau tidak. Jika anda tidak tahu bagai mana untuk mengetahui keadaan kereta itu elok atau tidak ABAH CAR SPA sarankan supaya anda bawa sekali pomen atau mereka yang tahu soal kereta.
Baca Juga: Beli Kereta Sambung Bayar Bagus Atau Tidak? Ini 5 Risiko Yang Anda Akan Hadapi
Perkara seterusnya yang perlu anda periksa ialah no casis. Selepas periksa keadaan kereta, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah semak nombor casis. Anda boleh minta dengan salesman untuk melihat sama ada no casis sama atau tidak seperti yang tertera. Jika tidak sama ABAH CAR SPA, sarankan supaya anda tidak membeli kereta tersebut dan cari kereta lain.
Perkara yang seterusnya yang perlu anda lakukan ialah pandu uji kereta. Ini kerana, kita dengan pandu uji kereta kita dapat mengetahui sama ada kereta tersebut ada bunyi yang tidak menyenangkan atau tidak dan kita boleh tahu sama ada gearbox kereta tersebut berada dalam keadaan baik atau tidak. Jika tidak, ABAH CAR SPA nasihatkan supaya anda lupakan kereta tersebut dan cari kereta lain.
Perkara yang paling penting ialah anda perlu menyemak kereta yang anda hendak beli tersebut mempunyai saman atau tidak. Pada masa kini amat mudah untuk kita menyemak saman hanya secara online sahaja. Jika anda dapati keerta tersebut ada saman tertunggak seeloknya jangan beli kereta tersebut untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.
Dalam membeli kereta terpakai anda perlu bijak dan jangan terburu-buru. Carilah kereta terpakai yang terbaik dan yang tidak akan membebankan anda di kemudian hari lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk memperbaiki kereta tersebut.