Bermacam cara yang anda boleh lakukan untuk anda kurangkan haba dalam kereta. Haba dalam kereta terjadi apabila anda parking kereta di bawah matahari dengan terlalu lama.
Ia telah menyebabkan haba berkumpul di dalam kereta anda dan menghasilkan wap yang sangat panas. Bila keadaan ini berlaku sudah pasti anda tidak selesa untuk memulakan perjalanan pada waktu panas terik.
Sebab itu, ramai yang lebih memilih untuk memandu kereta pada cuaca yang redup. Ini kerana, memandu kereta dengan haba banyak terkumpul di dalam kereta, ibarat seperti berada di dalam sauna atau oven kerana terlalu panas. Jadi, pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda semua tips terbaik untuk kurangkan haba di dalam kereta.
Cara pertama untuk kurangkan haba dalam kereta adalah dengan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang teduh. Terutama sekali jika anda hendak meletakkan kenderaan dalam tempoh masa yang lama. Jika anda pergi membeli belah atau ke mana sahaja tempat yang mempunyai parking kereta, seeloknya anda pilih parking kereta yang berbumbung. Ia supaya bila anda hendak masuk semula dalam kenderaan anda tidaklah haba tersebut terlalu kuat.
Kalau di atas tadi Abah Car Spa cadnagkan supaya anda parking di tempat yang teduh, tapi bagaimana pula kalau takde tempat yang teduh seperti tempat parking terbuka?
Bila parking tempat terbuka dan di bawah panas terik sudah tentu kereta anda akan manjadi panas dan mengeluarkan haba. Jadi, jalan penyelesaianya ialah dengan menggunakan alat pelindung matahari atau dipanggil sunshade. Sunshade ini adalah salah satu cara terbaik untuk kurangkan haba dalam kereta yang seringkali di gunakan oleh kebanyakkan pengguna kereta. Ini kerana, harganya yang sanagat berpatutan dan sangat mudah utuk di gunakan.
Satu lagi cara yang boleh dilakukan ialah dengan menurunkan sedikit cermin kereta anda. Jika anda meletakkan kenderaan anda di kawasan yang ada rasa selamat, anda boleh menggunakan cara ini. Dengan membuka sedikit tingkap ia mengeluarkan haba panas yang terkurung di dalam kereta dan sekali gus dapat menyejukkan ruang dalaman kereta anda.
Baca Juga: 5 Tips Elak Dari Bergaduh Ketika Di Jalan Raya
Selain dari alat pelindung matahari, kipas solar juga sebenarnya salah satu alat yang boleh di gunakan untuk kurangkan haba dalam kereta, jika anda meletakkan kenderaan di tempat terbuka dan di bawah panas terik. Malah, alat ini juga merupakan antara alat yang sering di gunakan oleh kebanyakkan pengguna kenderaan di negara kita. Salah satu sebabnya ia mudah di gunakan dan harga dia juga sangat berpatutan.
Cara terakhir yang anda boleh guna untuk kurangkan haba dalam kereta aadalah dengan membuka tingkap dahulu sebelum anda memulakan pemanduan. Dengan membuka tingkap kereta, haba panas yang berada di dalam kereta akan mula keluar dan kereta anda mula sejuk. Ada juga yang menggunakan cara dengan memandu sambil membuka tingkap selama bebebrapa minit. Selepas haba panas sudah mula keluar barulah boleh membuka aircond kereta supaya dalaman kereta anda menjadi bertambah sejuk.
Tidak susah sebenarnya untuk kurangkan haba dalam kereta anda, yang penting anda perlulah bijak memikir cara terbaik untuk kurangkan haba dalam kereta anda. Jika haba panas kereta kurang, anda dapat memandu ketika waktu panas terik dengan selesa tanpa perlu berpeluh kerana menahan bahang serta panas yang terdapat di dalam kereta. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat di jadikan sebagai panduan buat anda di luar sana untuk kurangkan haba dalam kereta anda. Bila haba kereta kurang anda pun dapat memandu dengan selesa.