terhindar dari virus

5 Tips Terbaik Untuk Memastikan Kereta Anda Kekal Bersih Dan Terhindar Dari Virus

terhindar dari virus

Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana cara terbaik untuk memastikan kereta terhindar dari virus? Di tambah pula dengan musim jangkitan Covid 19 ini, sudah pasti ramai yang akan mengambil langkah berjaga-jaga.

Terutama sekali bagi pemandu e hailing, sudah pastinya anda mahu memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terhindar dari virus.

Bermacam Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Memastikan Kereta Anda Terhindar Dari Virus

Tidak susah untuk memastikan kereta kita terhindar dari virus. Malah,  ada beberapa cara mudah yang anda boleh lakukan untuk memastikan anda dalam keadaan bebas dari sebarang virus yang berbahaya. Jadi, pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda 5 tips terbaik untuk memastikan kereta anda kekal bersih dan terhidar dari virus.

1-Lakukan Proses Sanitasi

Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan proses sanitasi di dalam bahagian kereta anda. Bahagian dalaman seperti setering, dashboard tali pinggan dan lain-lain perlulah deinyak kumankan menggunakan cecair pembasmi kuman Proses ini perlulah dilakukan dengan lebih kerap supaya kereta anda terhindar dari virus yang boelh melekat di bahagian dalaman kereta.

2-Sentiasa Membawa Hand Sanitizer Atau Tisu Basah

Tidak kiralah ke mana sahaja anda pergi, anda perlulah sentiasa membawa hand sanitizer atau tisu basah. Ini kerana, ia membantu anda untuk sentiasa mencuci tangan dengan mudah. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan anda untuk membersihkan bahagian dalaman kereta anda pada bila-bila masa supaya kereta anda sentiasa terhindar dari virus yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Baca Juga: 4 Langkah Terbaik Untuk Cuci Panel Pintu Kereta Supaya Kelihatan Seperti Baru

3-Sentiasa Cuci Bahagian Dalaman Kereta

Ini antara perkara penting dan wajib anda lakukan paling tidak 1 minggu sekali. Kadang-kala kita tidak tahu apa yang terdapat pada tapak kita. lebih-lebih lagi jika anda baru lepas pulang dari tempat awam seperti, pasar raya, atau bank.

Sebab itu, anda perlulah selalu mencuci bahagian dalaman kereta anda dan seeloknya, sewaktu anda hendak cuci kereta anda bahagian dalaman kereta anda seperti panel pintu, dashboard, gear dan seg=bagainya di cuci menggunakan cecair pembasm kuman. Ia supaya kereta anda terhindar dari virus dan kuman yang boleh menyebabkan penyakit pada diri anda.

4-Gunakan Penulenan Udara

Ppenggunaan alat penulenan udara di dalam kereta adalah satu tindakkan yang amat wajar dan amat bagus. Ramai yang beranggapan penulenan udara ini hanya sesuai untuk digunakan bagi ruangan yang besar seperti bilik atau rumah.

Sebenarnya penulenan udara ini juga boleh digunakan di dalam kereta. Penggunaan penulenan udara, sebenarnya mampu menapis gas yang merbahaya dan memberikan anda udara yang bersih dan nyaman di dalam kereta anda. Bukan itu sahaja, penggunaan penulenan udara juga sebenarnya boleh membuatkan kereta anda terhindar dari virus dan bakteria yang menyebabkan kereta anda bau berbau busuk.

5-Sentiasa Cuci Tangan Dengan Kerap

Tips terakhir ini merupakan tips yang paling penting tidak kiralah apa jua yang anda lakukan, pastikan tangan sentiasa di cuci sekurang-kurangnya setiap 20 minit sekali. Sebab itulah, anda perlu menyediakan hand sanitizer di dalam kereta anda, terutama sekali pemandu e-hailing. Dengan adanya hand snitizer di dalam kereta ia dapat memudahkan anda untuk mencuci tangan supaya tangan anda sentiasa bersih dan sentiasa terhindar dari virus.

Anda Perlulah Sentiasa Menjaga Kebersihan Diri Dan Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat Supaya Diri Anda Terhindar Dari Virus

Untuk memmastikan diri anda terhindar dari virus, anda perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri. Lebih-lebih dengan jangkitan virus Covid-19 yang sedang melanda di negara kita pada masa kini. Sudah tentu anda perlu meningkatkan lagi kebersihan diri dan dalam pada yang sama anda perlulah menjaga gaya hidup. Pada waktu sebegini dengar arahan dari pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Elakkan dari keluar rumah jika tiada apa-apa perkara yang penting dan jika anda hendak keluar beli barang keperluan amalkan penjarakkan sosial supaya diri anda terhindar dari jangkita virus Covid-19. Dalam pada masa yang sama, berdoalah agar virus covid-19 ini berakhir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× How can I help you?