Bagi yang memandu, anda pasti pernah memandu di kawasan angin lintang. Di Malaysia terdapat beberapa lebuh raya yang terletak di kawasan angin lintang.
Kawasan yang mempunyai angin lintang sebenarnya amat berbahaya dan memerlukan anda memandu di kawsan tersebut dengan penuh berhati-hati. Ini kerana, jika anda tidak memandu dengan berhati-hati di kawasan angin lintang ia akan menyebabkan kereta anda terbalik atau mungkin kereta anda boleh tercampak di laluan yang bertentangan
Memandu di kawasan angin lintang tidak sama sepeti memandu di jalan biasa. Ini kerana, jika anda tidak berhati-hati ia mungkin boleh meragut nyawa anda. Jadi, pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda 5 tips terbaik ketika memandu di kawasan angin lintang.
Apabila anda melihat sahaja papan tanda angin lintang, itu bermakna anda perlu memandu dengan lebih fokus bagi mengelakkan sebarang kemalangan dari berlaku. Sewaktu melalui kawasan angin lintang, kita tidak tahu bila waktunya angin lintang berlaku. Dalam pada masa yang sama anda juga perlu perhatikan di kawasan sekeliling anda sama ada terdapat benda asing atau tidak. Benda asing ni juga boleh menjadi salah satu sebab berlakunya kemalangan
Apabila anda melihat keadaan angin di kawasan yang anda lalu itu agak kuat, apa yang perlu anda lakukan ialah bertenang dan jangan panik. Jika anda panik ia akan membuatkan anda memandu dalam keadaan bahaya dan terburu-buru. Ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jiwa. Jadi, anda perlu tenang, pandu kenderaan dengan perlahan dan cuba kawal kenderaan anda supaya tidak terbabas. Memandu dengan tenang akan membuatkan anda dapat berfikir apa tindakkan yang perlu anda lakukan.
Baca Juga: 5 Barang Yang Wajib Ada Di Dalam Kereta Jika Anda Bawa Anak Kecil
Apabila melalui kawasan angin lintang perkara pertama sekali yang perlu anda elakkan ialah jangan sesekal memandu dalam keadaan yang sangat laju. Memandu dengan laju di kawasan biasa boleh mneyebabkan berlakunya kemalangan, inikan pula melalui kawasan angin lintang lagilah risiko untuk kemalangan maut itu tinggi. Jadi, jika anda melalui kawasan angin litang pandu dengan perlahan supaya mudah untuk anda kawal kenderan anda.
Satu lagi perkara yang perlu anda elakkan apabila melalui kawasan seperti ini ialah, elakkan memandu di sebelah kenderaan berat terutama sekali kenderaan yang membawa muatan. Mungkin ada yang beranggapan memandu di sebelah kenderaan berat lebih selamat kerana dapat mengelakkan dari anda terkena angin lintang. Tetapi sebenarnya anda telah meletakkan diri anda dalam risiko. Ini kerana, kenderaan berat sebenarnya lebih terdedah kepada risiko terbabas atau terbalik apabila terkena angin lintang kuat.
Tips yang terakhir ini sememangnya amat penting. Tidak kiralah sama ada anda memandu untuk destinasi jauh atau dekat anda perlulah memastikan kenderaan sentiasa di selenggara dengan baik. Salah satu sebabnya ialah untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Lagi-lagi jika anda melalui kawasan seperti ini sudah tentu ia memerlukan kenderaan anda dalam keadaan yang baik. Anda perlu pastikan tayar kereta anda mempunyai tekanan angin mencukupi dan bunga tayar tidak botak supaya ia dapatmembantu menguatkan cengkaman atas jalan dan sentiasa selanggara sistem brek kenderaan anda supaya dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan.
Akhir kata, untuk mengelakkan dari anda terlibat dengan kemalangan, anda perlulah sentiasa selenggara kenderaan anda. Dengan sentiasa selenggara kenderaan ia dapat selamatkan nyawa anda. Apabila melalui kawasan yang berisiko anda perlulah memandu dengan berhati-hati dan jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa dan laju. Ini kerana, memandu dalam kedaan tergesa-gesa boleh menyebabkan and memandu dalam kedaan melulu dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Justeru itu, anda perlulah sentiasa memastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan memandu dengan berhemah dan mandu dengan berhati-hati