Perkara yang paling merimaskan apabila serangga bersarang dalam kereta. Pasti pening kepala anda memikirkan amsalah seperti ini. Mana tidaknya, apabila serangga mula bersarang dalam kereta ia sudah pasti akan membuatkan anda memandu dalam keadaan yang tidak selesa.
Itu belum termasuk lagi penumpang yang geli dengan lipas. pasti menjerit sakan diorang apabila melihat lipas bertebaran dalam kereta anda. Sudah tentu akan membuatkan anda haru biru bila memandu nanti.
Serangga, seperti lipas biasanya suka bersarang dalam kereta anda adalah kerana, keadaan dalam kereta anda yang terlalu kotor. Jika tidak di tangani ia akan meneybebabkan lipas beranak pinak di dalam kereta dan akan menjadi semakin bertambah. Jadi Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengelakkan lipas bersarang dalam kereta anda.
Ini adalah cara semula jadi yang sangat murah dan berkesan untuk mengelakkan lipas bersarang. Ini kerana, Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas. Cara untuk meletakkan dalam kereta sangat mudah, anda hanya perlu cuci terlebih dahulu daun pandan tersebut. Kemudian, hiriskan daun pandan kepada hirisan kecil. Tujuan hirisan ini untuk mengeluarkan bau wangi pada daun tersebut. Kemudian, anda boleh letakkan dalam bekas atau dalam uncang kecil dan letakkan ia di dalam kereta.
Cara seterusnya ini adalah caara organik dan ramai yang sering menggunakan cara ini. Anda boleh memilih untuk buat semburan serai wangi dengan sendiri atau anda boleh dapatkan wangian serai wangi ini di pasaran. Salah satu sebab kenapa ramai yang memilih untuk menggunakan wangian serai wangi adalah kerana baunya yang agak kuat dan menyebabkan lipas lari dan tidak membuat sarang. Cara untuk menggunakan ia sangatlah senang, anda hanya perlu sembur di seluruh kereta termasuk karpet dan celah-celah kerusi. Kebiasaanya, lipas akan membuat sarang di sini. Malah, ia menjadi tempat kegemaran untuk lipas beranak pinak.
Walau sesibuk mana sekalipun, sekali sekala cucilah kereta anda. Kereta yang terlalu kotor sebenarnya menjadi tempat kegemaran untuk lipas bersarang. Apabila anda cuci kereta pastikan juga anda vakum keseluruhan kereta dengan bersih. Ia sedikit sebanyak dapat menyedut habuk dan sisa kekotoran supaya lipas tidak bersarang. Atau cara paling senang bawa sahaja kereta anda ke carwash atau car spa seperti Abah Car Spa. Ini kerana, spa kereta atau car wash mempunyai teknik dan cara tersendiri untuk membunuh lipas dengan cara pantas dan berkesan.
Mungkin ada antara anda yang belum pernah mengenai Nano Mist Anti Bacteria System. Nano Mist Anti Bacteria System adalah semburan asap bertujuan untuk menghapus bakteria, semut ataupun lipas yang bersarang di dalam kereta . Cecair Nano anti bacteria akan di isi dalam mesin dan selepas itu, ia akan diletakkan ke dalam kereta anda dengan keadaan aircond dipasang selama beberapa minit. Asap yang berkepul-kepul memenuhi ruang dalam kereta anda nanti akan membasmi bakteria dan serangga yang bersarang. Untuk dapat servis ini senang sahaja, anda hanya perlu pergi ke car wash yang berhampiran, dan beritahu mereka yang anda mahu membuat nano mist.
Tidak guna jika anda sudah melakukan ke semua perkara di atas jika anda masih dengan sikap suka meninggalkan sisa makanan dalam kereta. Ia bukanya boleh mengelakkan malah boleh menambah lagi bilangan lipas yang membiak dalam kereta anda nanti. Jadi setiap kali anda turun dari kereta pastikan anda buang ke semua sampah plastik makanan dan sisa makanan. Jangan biarkan ia semalaman. Jika tidak, jangan terkejut jik esok pagi anda tengok kereta anda di penuhi dengan lipas.
Sebenarnya, jika anda sentiasa menjaga kebersihan di dalam kereta, jangan kata lipas serangga lain juga tidak mahu bersarang dalam kereta anda. Jika serangga seperti lipas bersarang dalam kereta anda ia sudah tentu akan membuatkan anda tidak selesa. Bukan anda sahaja tidak selesa malah, penumpang kereta anda juga tidak selesa. Jadi selalulah cuci kereta anda.
Baca Juga: 5 Tips Yang Sangat Berguna Ketika Memandu Pada Waktu Hujan