bergaduh

5 Tips Elak Dari Bergaduh Ketika Di Jalan Raya

bergaduh

Bergaduh ketika di atas jalan raya adalah satu perkara yang sangat menyedihkan. Malah, ia satu perkara yang memalukan lebih-lebih lagi apabila orang lain melihatnya.

Antara sebab kenapa perkara sebegini berlaku adalah kerana tiada sikap tolak ansur oleh pemandu. Bukan itu sahaja, sikap mementingkan diri juga turut memainkan peranan kepada berlakunya pemandu bergaduh sesama sendiri

Sikap Tolenrasi Ketika Di Atas Jalan Raya Amat Penting Supaya Mengelakkan Daripada Pemandu Bergaduh Sesama Sendiri

Dalam soal ini setiap pemandu perlulah saling bertolak ansur antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, anda juga perlulah membuang sikap pentingkan diri.

Jalan raya bukanlah tempat untuk kita menunjukkan rasa gah dan rasa hebat kita kepada orang lain. Jadi, anda boleh jadikan tips yang Abah Car Spa kongsikann di bawah ini sebagai panduan buat anda ketika memandu di atas jalan raya.

1-Sentiasa Bertenang Ketika Memandu

Ini sikap yang wajib kita ada setiap kali memandu di jalan raya. Kebanyakkan kes pemandu bergaduh adalah kerana sikap kurang sabar ketika memadu. Ada yang suka memandu secara melulu dan merbahaya kerana bagi mereka ia merupakan satu cabaran dan sangat menyeronokkan. Ada juga segelintir pemandu yang memandu dengan terlalu laju sehinggakan boleh mebahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Sikap sebegini sebenarnya boleh menyebabkan pemandu bergaduh sesama sendiri.

2-Jangan Bunyikan Hon Atau Tunjuk Isyarat Yang Tidak Sepatutnya

Selain dari sikap di atas, sikap sebegini juga perlulah di elakkan. Sentiasa bersabar walaupun dalam keadaan jalan yang sedang sesak. Jangan sesekali menekan hon dengan sesuka hati atau menekan hon terlalu lama. Malah, apa yang lebih teruk ada antara pemandu di negara kita suka menunjukkan isyarat yang tidak sepatutnya hanya kerana kereta di hadapan memandu dalam keadaan perlahan. Jika pemandu di negara tidak mengubah sikap sebegini, tidak hairanlah jika ramai yang bergaduh di jalan raya.

3-Memberi Isyarat Ketika Hendak Memotong Aatau Ketika Menukar Lorong

Ini adalah satu sebab utama kenapa seringkali pengguna jalan raya bergaduh, sikap segelintir pemandu yang pentingkan diri sebenarnya boleh menyusahkan dan merbahayakan pengguna jalan raya yang lain. Tidak susah sebenarnya untuk memberikan dahulu isyarat sebelum anda hendak memotong atau menukar laluan. Sikap memntingkan diri dengan tidak memberikan lampu isyarat sebelum memotong sebenarnya, akan menyebabkan nyawa pemandu lain yang menjadi taruhan. Cuba anda bayangkan kalau yang bawa kenderaan itu orang yang anda sayang dan tiba-tiba anda memotong tanpa memberikan  isyarat apa yang akan berlaku pada orang yang anda sayang? Renungkanlah.

Baca juga: 5 Tips Terbaik Untuk Memastikan Kereta Anda Kekal Bersih Dan Terhindar Dari Virus

4-Zahirkan Ucapan Minta Maaf

Kadang-kala kita tidak sedar yang kita melakkan kesilapan ketika memandu yang boleh mengakibatkan orang lain menegur kesilapan kita. Sekiranya berlaku perkara sebegini, tidak salah sekiranya anda merendahkan ego anda dengan memohon maaf kepada pemandu lain. Dengan cara ini ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa marah pengguna jalan raya dan mengelakkan dari bergaduh.

5-Elakkan Dari Menimbulkan Provokasi

Satu lagi cara untuk elakkan dari dari bergaduh ialah walau apa pun berlaku ketika anda sedang memandu elakkan dari menimbulkan sebarang provokasi. Sebaliknya, jika anda merasakan diri anda terancam atau mungkin ada orang yang tidak di ingini mengejar anda, anda perlu cepat-cepat menghubungi pihak berkuasa. Ataupun satu lagi cara yang anda boleh lakukan dengan memastikan kereta anda dikunci dan pandu terus ke balai polis terdekat.

Anda Perlulah Mempunyai Sikap Kesabaran Yang Tinggi Ketika Memandu Di Jalan Raya Supaya Dapat Mengelakkan Dari Anda Bergaduh

Setiap pemandu perlulah mempunyai sikap serta kesabaran yang tinggi ketika sedang memandu. Bukan itu sahaja, anda perlulah buang sikap mementingkan diri, sebaliknya, perlulah mempunyai sikap saling tolak ansur antara satu sama yang lain. Dengan mengamalkan sikap sebegini, ia bukan sahaja dapat mengelakkan dari berlaku kemalangan malah dapat mengelakkan pengguna jalan raya bergaduh sesam sediri. Jadikan, perbanyakkan sikap sabar dan toleransi ketika memandu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× How can I help you?