Sebelum memiliki kereta anda perlu tahu tentang asas penjagaan kereta. Ianya merupakan perkara penting dan semua yang memiliki kereta wajib tahu mengenai perkara asas penjagaan kereta. Untuk memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kerosakkan yang sangat teruk, ia perlu bermula dengan asas penjagaan kereta.
Salah satu sebab kenapa anda perlu tahu asas penjagaan kereta ini kerana ia boleh menyelamatkan poket anda. Mana tidaknya, jika anda tidak ada ilmu langsung tentang penjagaan kereta dan tidak pernah menjaga kereta anda ia sudah tentu akan menyebabkan kereta anda bakal mengalami pelbagai kerosakkan. Jadi pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda asas penjagaan kereta yang wajib anda tahu.
Minyak berfungsi untuk memastikan enjin anda dalam kedaaan senyap serta tidak mengehadapi sebarang masalah semasa memandu. Justeru itu, bagi mereka yang baru pertama kali hendak menggunakan kereta Abah Car Spa sarankan supaya anda tahu waktu bila anda perlu menukar minyak enjin. Selain itu, anda juga perlu tahu minyak apa yang sesuai untuk anda gunakan. Ini kerana minyak enjin mengandungi beberapa jenis. Antaranya:
Setiap kali sebelum memandu anda wajib memeriksa terlebih dahulu tekanan angin tayar sama ada mencukupi atau tidak. Ia adalah perkara asas dalam penjagaan kereta yang wajib anda tahu. Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi akan menyebabkan tayar akan menjadi rosak dan pecah. Dalam pada masa yang sama Abah Car Spa ingin mengingatkan anda supaya semak sekali keadaan tayar kereta anda sama ada masih boleh di gunakan lagi atau tidak. Jika tidak anda perlu cepat-cepat pergi tukar, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan sekiranya tayar tersebut pecah.
Baca Juga:5 Sebab Kenapa Anda Wajib Sokong Produk Atau Perkhidmatan Muslim
Satu lagi perkara asas penjagaan kereta yang perlu anda tahu ialah palam pencucuh atau spark plug. Sama seperti minyak hitam palam pencucuh juga mempunyai had penggunaanya. Kebiasaanya plag pencucuh di gunakan dari 30,000 hingga 40,000 km. Tetapi jika telah melebihi 40,000 km, Abah Car Spa sarankan supaya anda pergi menukar kepada yang baharu. Ini kerana, palam pencucuh yang telah melebihi 40,000 km biasanya elektrod di dalam palam pencucuh akan menipis dan akan menyebabkan palam pencucuh menjadi lemah seterusnya akan menyebabkan kereta anda hilang kuasa dan menjadi semput.
bateri kereta juga antara perkara yang perlu anda ambil berat. Bateri kereta mengandungi dua jenis iaitu jenis sel basah dan sel kering. Penjagaan dia juga agak berbeza, di mana sel basah memerlukan anda mengisi air suling apabila sudah berkurangan. Kebiasaanya, jangka hayat bateri kereta boleh bertahan selama 2 tahun atau lebih bergantung pada penggunaanya. Jika bateri mengalami masalah atau lemah ia akan menyebabkan kereta anda sukar untuk dihidupkan. Jika perkara ini perkara ini berlaku anda boleh menukar kepada bateri yang baharu atau mengecas bateri tersebut.
Penyejuk radiator atau lebih dikenali dengan nama radiotor coolant. Air coolant sangat berbeza dengan air paip biasa di mana air coolent akan menjadikan suhu enjin menjadi lebih lambat panas dan tidak mendidih. Seeloknya, anda menukar air coolant ini di tukar setiap 60,000km sekali. Anda boleh menukar air coolant dengan sendiri atau boleh minta bengkel tukarkan.
Sebenarnya tidak susah pun untuk anda memastikan kereta anda dalam keadaan yang baik, asalkan anda jaga dan sentiasa mengahnatar kereta anda untuk di servis. Seeloknya anda menghantar servis kereta anda setiap 2 kali setahun. Ia supaya kereta anda tidak menghadapi sebarang kerosakkan yang boleh menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk di selenggara.