Pernah atau tidak anda anda alami masalah cat kereta menjadi rosak? Pasti ada yang pernah mengalaminya. Sebenarnya cat kereta kereta menjadi rosak adalah di sebabkan kesilapan yang kita lakukan ketika mencuci kereta.
Mungkin ada yang beranggapan, cara mereka mencuci kereta sebenarnya adalah cara yang betul. Tetapi apa yang anda tidak tahu cara anda tersebut boleh menyebabkan cat kereta anda menjadi rosak malah menjadi bertambah rosak.
Sebenarnya, untuk menjaga cat kereta anda bukanlah sesuatu yang sukar, asalkan anda elakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan ini ketika anda hendak mencuci kereta. Kadang-kala kesilapan ini anda lakukan secara tidak sedari. Malah ia sudah menjadi kebiasaan buat diri anda. Akibatnya, cat kereta menjadi rosak malah ada yang menjadi semakin teruk Nak tahu apa kesilapan tersebut? Jom baca di bawah ini
Pasti anda antara anda di luar sana yang sering mencuci kereta menggunakan sabun basuh baju. Ada yang mengatakan menggunakan sabun ini segala kesan degil mudah di tanggalkan. Bagi pendapat Abah Car Spa cara sebegini adalah cara yang salah. Malah cara sebegini akan menyebabkan kereta andda akan berkarat. Sebenarnya, serbuk pencuci pakaian mengandungi garam yang boleh menyebabkan cat kereta anda boleh menjadi karat lebih-lebih lagi jika kereta anda ada kesan calar. Selain dr tu, buih yang ada pada sabun tersebut kalau tidak di bersihkan dengan betul, lama kelamaan ia akan menyebabkan cat kereta menjadi pudar. Jadi, untuk mengelakkan dari cat kereta menjadi rosak, kesilapan ini harus anda elakkan.
Kain lap juga memainkan peranan. Ada juga yang menggunakan kain yang tidak bersesuain untuk lap kereta, akibatnya kereta mengalami calar balar yang teruk. Jadi sebelum lap kereta, anda kena periksa dahulu kain lap tersebut, pastikan kain lap yang mahu di gunakan tersebut dalam keadaan yang bersih, lembut dan serap air.
Kain lap yang bersih bukan bermakna anda kena gunakan kain yang baru sebaliknya anda kena pastikan kain tersebut bersih dari habuk dan batu-batu kecil yang akan akan menyebabkan kereta anda menjadi calar. Bagi pendapat Abah Car Spa kain yang sesuai untuk di gunakan ialah kain jenis microfiber, kain cotton lembut atau apa-apa jenis kain yang lembut.
Baca Juga: 5 Tips Terbaik Untuk Memandu Pada Waktu Malam
Satu lagi kesilapan yang boleh menyebabkan cat kereta menjadi rosak ialah penggunaan bahan kimia. Memang benar, cuci kereta degan menggunakan bahan kimia ini memudahkan untuk anda, menanggalkan ke semua kesan-kesan minyak, kesan degil, dan kesan kekotoran lama yang di sebabkan kerana anda sudah lama tidak mencuci kereta. Tetapi anda harus ingat risiko yang bakal terjadi kalau anda kerap sangat cuci dengan menggunakan bahan kimia iaitu risiko untuk warna cat luntur dan pudar sangat tinggi.
Kesilapan yang boleh menyebabkan cat kereta menjadi rosak yang seterusnya ialah anda menggunakan sesuatu produk penjagaan kereta tanpa melihat dulu bahan yang ada dalam produk tersebut. Sebelum anda membeli sesuatu produk tersebut anda perlu kenali produk tersebut, kenali bahan-bahan yang terdapat di dalamnya, dan kenali juga risiko bahan-bahan tersebut kepada cat kereta anda. Ini kerana, jika anda tidak melihat dahulu bahan tersebut ia di kuatiri boleh menyebabkan cat kereta menjadi rosak, cat oxidise, watermark dan yang paling teruk, ia boleh menyebabkan cat kereta anda menjadi terkopak.
Kesimpulanya, mulai hari ini anda perlu ubah tabiat anda ketika mencuci kereta. Elakkan dari melakukan kesilapan seperti ini. Kesilapan seperti ini bukan sahaja boleh merosakkan kereta anda, malah ia boleh menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk anda cat semula kereta. Lagi-lagi kereta yang mengalami masalah cat yang sangat teruk, sudah pasti anda akan mengeluarkan wang yang banyak untuk cat semula.