Sekarang ini sedang rancak berlansungnya kempen beli barang muslim. Jika kita lihat tidak kira bandar atau luar bandar masing-masing berpusu menjalankan kempen beli barang muslim. Malah Abah Car Spa yakin anda juga sudah mula menyokong produk serta perkhidmatan orang muslim. Disebabkan kempen ini, ia memberi peluang kepada ramai ushawan islam untuk memperkenalkan produk mereka.
Rakyat Malaysia Mula Mendapat Kesedaran Dan Mula Mengutamakan Produk Atau Perkhidmatan Orang Islam…..
Malah, jika kita lihat kebanyakkan pasaraya besar sudah mula menjual produk buatan muslim. Abah Car Spa percaya anda juga sudah mula membeli produk buatan muslim. Jadi pada perkongsian kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Sokong Produk Atau Perkhidmatan Muslim
Dapat menyemai semangat tolong menolong dalam kalangan umat Islam
Sebab pertama yang Abah Car Spa ingin kongsikan ialah umat islam saling tolong menolong. Jika kita lihat melalui kempen ini ia dapat menyemai semangat perpaduan dan semangat tolong menolong dalam kalangan umat islam. Ini dapat di buktikan dengan sama-sama saling tolong memperkenalkan produk keluaran orang islam antara satu sama lain. Ia sekali gus membantu pengeluar produk dalam memasarkan produk mereka.
Membantu meningkatkan kutipan zakat
Sebab kedua yang Abah Car Spa ingin kongsikan ialah melalui kempen ini ia dapat meningkatkan kutipan zakat. Mana tidaknya, dengan sokongan padu yang di berikan oleh orang islam ia dapat meningkat pendapatan peniaga islam. Malah Abah Car Spa yakin dengan kempen ini lebih ramai perniagaan orang islam akan maju. Bila perniagaan orang islam makin maju ia sekali gus akan meningkatkan lagi pembayar zakat.
Membantu usahawan kecil dan sederhana
Dengan adanya kempen sebegini juga Abah Car Spa percaya ia telah membantu usahawan kecil dan sederhana dalam meningkatkan lagi pendapatan mereka. Ramai yang mengetahui, ada antara ushawan IKS ini pada asalnya berasal dari golongan yang susah. Jadi dengan kempen sebegini ia membantu mereka ini keluar dari kemiskinan dan dapat memperbaiki kehidupan mereka.
Meningkatkan Ekonomi Umat Islam
Dengan wujudnya kempen ini Abah Car Spa yakin ia sedikit sebanyak telah meningkatkan lagi ekonomi umat islam. Bukan itu sahaja, Ia juga telah memberi kesedaran kepada umat islam untuk membeli serta menggunakan perkhidmatan orang islam. Melalui kempen ini juga Abah Car Spa percaya ramai peniaga islam yang telah membina empayar dan jenama mereka ke peringkat antarabansa.
Menggalakkan umat islam berniaga
Bukan itu sahaja, satu lagi sebab yang Abah Car Spa ingin kongsikan ialah, melalui kempen ini ia telah menggalakkan umat islam untuk berniaga. Dengan cara ini juga ia telah mewujudkan perasaan ingin mengubah nasib hidup dalam setiap diri umat islam. Malah, melalui kempen ini apa yang Abah Car Spa boleh katakan ramai anak muda pada masa kini sudah mula berubah dan ingin mencuba nasib dalam perniagaan. Lihat sahajalah berapa ramai anak muda yang sudah berjaya mengubah hidup mereka dan telah berjaya dalam hidup.
Kempen Ini Telah Berjaya Membuatkan ramai Umat Islam Berjaya Mengubah Nasib Dan Hidup Mereka…
Kesimpulannya, bagi pendapat Abah Car Spa kempen ini telah pun berjaya dalam memperbaiki taraf hidup umat islam. Malah jika kita lihat saban hari banyak produk serta perniagaan yang sebelum ini dipelopori oleh orang bukan islam kini telah berjaya dipelopori oleh orang islam. Bukan itu sahaja, semakin hari jika kita lihat makin banyak produk orang islam yang dipasarkan di pasaraya besar seluruh negara malah ada yang telah sampai keluar negara. Jika kempen ini berterusan, tidak mustahil jika suatu hari nanti ekonomi akan di kuasai oleh orang islam sendiri.