Pada masa kini ramai yang gemar beli kereta sambung bayar. Ini kerana, untuk membuat pinjaman kereta pada masa kini sangatlah sukar. Kebanyakkan pinjaman yang dipohon akan di tolak oleh bank terutama mereka yang mempunyai rekod buruk pada rekod CCRIS mereka.
Disebabkan kesukaran untuk mendapatakan pinjaman kereta, ramai yang memilih untuk membeli kereta secara sambung bayar. Ramai yang beranggapan ia adalah satu jalan mudah untuk mendapatkan kereta iadaman mereka. Namun begitu, Abah Car Spa ingin mengingatkan mereka yang ada memasang niat untuk memasang niat membeli kereta secara sambung bayar supaya melupakan hasrat tersebut. Banyak risiko yang anda akan hadapi berbanding kebbaikkan. Nak tahu apa risiko kereata sambung bayar yang Abah Car Spa maksudkan? Teruskan membaca di bawah ini.
Sebab yang pertama kenapa Abah Car Spa tidak menggalakkan untuk anda membeli kereta sambung bayar ialah pemilik tidak mahu tukar nama. Ini sering kali berlaku kepada mereka yang membeli kereta sambung bayar. Bayangkan anda penat-penat bayar bulanan kereta sehingga habis bila tiba waktu untuk tukar nama pemilik asal kereta tidak mahu tukar nama. Pastinya akan membuatkan anda merasa sedih dan kecewa. Jika hendak mengadu kepada pihak polis sudah tidak boleh buat apa-apa. Ini kerana, anda bukan pemilik asal kereta dan pemilik asal mempunyai kuasa mutlak untuk dia buat apa sahaja dengan kereta tersebut. Sebab itu Abah Car Spa nasihatkan kepada mereka yang ada niat untuk membeli kereta sambung bayar supaya lupakan jika tidak anda yang akan menanggung risiko di kemudian hari.
Ini adalah satu lagi risiko yang anda terpaksa tanggung jika anda membeli kereta sambung bayar. Selain dari pemilik kereta tidak mahu tukar nama seperti yang Abah Car Spa sebut di atas tadi pemilik kenderaan juga boleh mengambil kenderaan mereka bila-bila masa pada anda. Pada waktu ini anda memang tidak bebrbuat apa-apa. Malah jika anda mahu mengambil tindakkan kepada pemilik kereta sekalipun, Abah Car Spa yakin anda pasti kalah. Walau apa alasan sekalipun pemilik kereta tetap berhak untuk mengambil semula kereta mereka. Inilah salah satu sebab kenapa anda tidak di sarankan untuk membeli kereta sambung bayar. Jadi pada pendapat Abah Car Spa, lebih kita susah payah kumpul duit dan beli kereta secara tunai lagi berbaloi walaupun lambat. Takdelah anda susah-susah nak bayar bulanan kereta yang belom tentu menjadi milik anda.
Baca Juga: 5 Tips Awesome Untuk Mereka Yang Hendak Beli Kereta Terpakai
Ini antara risiko terbesar yang anda akan hadapi apabila anda membeli kereta sambung bayar. Malah Abah Car Spa perkara sebegini ada berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Terutama sekali apabila pemilik kereta mahu mengambil semula kereta tetapi pihak ketiga tidak membenarkan. Jadi jalan penyelesaian yang pemilik kereta boleh buat laporan yang mengatakan anda curi kereta. Dalam hal sebegini, anda tidak boleh buat apa-apa, malah anda boleh dikenakan tindakan kerana membeli kereta sambung bayar.
Satu lagi risiko yang anda akan hadapi apabila membeli kereta sambung bayar ialah anda tidak boleh membuat tuntutan insuran apabila berlakunya kemalangan. Anda yang penat-penat bayar insuran kereta setiap tahun tapi apabila berlaku kemalangan anda tidak boleh membuat tuntuatan insuran sebaliknya tuan kereta yang dapat duit tuntutan tersebut. Memang sangat merugikan anda.
Risiko yang paling besar sekali apabila anda menggunakan kereta sambung bayar ialah apabila pemilik asal meninggal dunia. Dalam isu ini waris boleh datang untuk menuntuk semula kereta si mati. Pada waktu ini anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana geran kereta ada di tangan waris dan waris mempunyai kuasa untuk menuntut semula kereta tersebut.
Abah Car Spa nasihatkan kepada anda yang hendak membeli kereta sambung bayar supaya fikir secukupnya sebelum membeli kereta tersebut. Seeloknya, belilah kereta secara tunai. Tidak mengapa jika anda membeli kereta lama dan kecil ia lebih bagus dari anda menanggung hutang kereta yang belum tentu milik anda. Membeli kereta secara tunai sudah tentu anda tidak akan pening kepela malah anda tidak perlu menanggung hutang kereta, hidup anda pun bebas hutang.