Ramai antara kita yang gemar cuci kereta dengan sendiri berbanding menghantar kereta ke Car wash. Abah Car Spa yakin pasti anda juga pernah cuci kereta dengan sendiri. Tapi dalam pada masa yang sama sama ada anda sedar atau tidak dan Abah Car Spa yakin ada di antara anda yang melakukan kesilapan dalam cuci kereta.
Ramai Yang Menyangkakan Cuci Kereta Dengan Sendiri Lebih Berbaloi Berbanding Dengan Hantar Ke Car Wash…….
Jika di tanya kenapa suka cuci kereta dengan sendiri, Abah Car Spa yakin pasti slah satu alasan yang akan di berikan ialah jimat duit. Memang benar boleh jimat duit tetapi jika tidak kena dengan cara cucinya ia akan menyebabkan cat kereta anda menjadi rosak dan pastinya anda terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk mengecat kereta balik. Pada kali in, Abah Car Spa ingin berkongsikan dengan anda sebuah tajuk yang sangat menarik iaitu 5 Perkara Yang Sering Anda Lakukan Ketika Anda Cuci Kereta. Nak tahu apa perkara yang Abah Car Spa maksudkan? Teruskan membaca di bawah ini
1-Basuh Kereta Apabila Kereta Sudah Tebal Dengan Kekotoran
Ini sering kali berlaku, ramai antara kita yang gemar cuci kereta apabila kereta sudah betul-betul kotor. Sebenarnya tindakkan sebegini akan menyebabkan cat kereta anda menjadi rosak. Abah Car Spa Sarankan supaya anda cuci kereta paling minimum seminggu sekali. Ataupun jika anda tidak mempunyai masa atau terlalu sibuk hantar je kereta anda anda ke car wash ataupun kalau anda nak kereta anda di cuci dan dalam masa yang sama nak kereta anda berkilat seperti kereta baru, hantar sahaja ke car spa seperti Abah Car Spa. Mudah dan jimat masa anda.
2-Suka Cuci Kereta Di Bawah Panas Terik
Abah Car Spa percaya yang perkara ini juga sering kali dilakukan oleh segelintir mereka di luar sana. Ada yang beranggapan cuci kereta pada bawah cuaca panas adalah mudah di mana anda tidak perlu lap badan kereta slepas selesai cuci kereta. Sebenarnya, tindakkan sebegini bukanlah satu tindakkan yang bagus. Malah ia boleh merosakkan cat kereta anda. Jadi Abah Car Spa sarankan jika anda hendak cuci kereta, cuci ketika waktu redup atau di bawah tempat yang terlindung dari terkena cahaya panas terik.
3-Tidak Menggunakan Peralatan Yang Sesuai
Ada juga yang mencuci kereta menggunakan peralatan yang tidak sesuai. Antaranya ialah kain cuci kereta. Ada yang suka menggunakan kain atau span yang kasar untuk cuci kereta. Peralatan sbegini akan mencalarkan cat kereta anda. Jadi, Abah Car Spa sarankan supaya anda menggunakan kain atau span yang lembut supaya cat kereta anda tidak rosak.
4-Menggunakan Sabun Yang Tidak Sesuai
Ramai yang suka mencuci kereta menggunakan sabun basuh pinggan atau ada yang lebih teruk menggunakan sabun basuh baju. Sebenarnya, sabun sebegini tidak sesuai untuk digunakan bagi mencuci kereta. Jadi, Abah Car Spa sarankan supaya anda menggunakan sabuh pencuci yang memang di khskan untuk cuci kereta. Tidak susahpun nak cari sabun jenis ini, malah dekat pasaran banyak ada jual dan ada juga di jual secara online. Sabun jenis ini lebih sesuai untuk digunakan dan cat kereta anda tidak akan rosak.
5-Tidak Menghantar Kereta Untuk Di Wax.
Satu lagi cara terbaik untuk menjadikan cat kereta kekal cantik dan sentiasa kelihatan seperti baru adalah dengan menghantar kereta untuk di wax sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Anda boleh menghantar kereta untuk di wax di car spa seperti Abah Car Spa. Anda juga mudah, tidak perlu susah payah nak wax sendiri hantar je ke car spa mereka akan uruskan untuk anda. Inilah salah satu kelebihan kenapa Abah Car Spa sarankan anda menghantar kereta untuk di cuci di kedai seperti car spa.
Nak Cuci Kereta Sendiri Tidak Salah Tetapi Perlulah Kena Dengan Cara. Jika Tidak Cat Kereta Anda Akan Rosak…..
Jadi jika anda hendak mencuci kereta anda sendiri, anda perlulah tahu cara yang betul bagi mengelakkan cat kereta anda menjadi rosak. Ataupun cara paling senang ialah hantar sahaja kereta anda ke car wash atau car spa seperti Abah Car Spa. Sudah tentu masa anda jimat anda pun tidak pening kepala.