mencuci kereta

5 Perkara Yang Wajib Anda Elakkan Ketika Mencuci Kereta

mencuci kereta

Ada antara anda diluar sana lebih gemar mencuci kereta mereka sendiri. Ini kerana, mereka merasakan satu kepuasan jika mencuci kereta mereka dengan sendirinya. Lebih-lebih lagi apabila melihat kereta yang mereka cuci bersih darisebarang kekotoran.

Namun begitu timbul persoalan adakah cara mereka mencuci kereta itu betul atau tidak. Lebih-lebih lagi mereka yang baru membeli kereta. Sudah tentu timbul kerisauan jika cara mereka mencuci kereta tersebut boleh mengakibatkan kereta mereka menjadi calar.

Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Mencuci Kereta

Memang betul, jika anda salah cara sewaktu mencuci kereta ia bukan sahaja boleh mencalarkan kereta anda malah boleh mengakibatkan cat kereta anda menjadi rosak. Justeru itu, ada beberapa yang wajib anda elakkan ketika mencuci kereta. Jika perkara ini anda elakkan ketika anda mencuci kereta, Abah Car Spa percaya cat kereta anda akan tahan dengan lebih lama. Jom Abah Car Spa kongsikan antara perkara yang wajib anda elakkan ketik anda mencuci kereta.

1-Jangan Menggunakan Kain Biasa Untuk Mencuci kereta

Ini antara kesilapan yang anda tidak sedar ketika mencuci kereta. Ramai yang beranggapan menggunakan kain biasa adalah cara pilihan terbaik untuk digunakan bagi mencuci kereta. Namun, sebenarnya, ia bukanlah satu pilihan yang terbaik malah kain biasa sangat tidak sesuai untuk di gunakan bagi mencuci kereta. Sebaliknya, kain yang perlu anda gunakan ialah kain jenis microfiber. Kain mikrofiber ialah sejenis kain yang lembut yang diperbuat daripada sejenis bahan yang di panggil polimer fiber. Kain ini menjadi pilihan ramai untuk mencuci kereta kerana ianya mudah untuk menyerap air dan seterusnya menjadikan cucian lebih bersih.

2-Jangan Cuci Dari Bawah Ke Atas

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa mencuci kereta dari bawah ke atas tidak di galakkan? Sebenarnya ia bukanlah satu kesalahan yang besar, tetapi jika anda mencuci dari bawah ke atas ia akan menyebabkan air kotor mengalir ke bawah, iaitu bahagian kereta yang sudah dicuci dan bila anda membilas kawasan tersebut sisa kekotoran akan melekat walaupun anda telah mencucinya. Sisa kekotoran yang tertinggal lama-kelamaan akan menyebabkan cat kereta anda menjadi rosak. Jadi, cara yang betul ialah cuci dari atas ke bawah supaya  air kotoran mengalir ke tanah tanpa perlu menjejaskan bahagian atas yang sudah anda cuci tadi.

3-Tidak Lap Kereta Anda Hingga Kering

Satu lagi kesilapan yang mungkin anda lakukan dalam anda tidak sedar. Iaitu, membiarkan sisa air kering dengan sendirinya. Sebenarnya, cara ini adalah cara yang sangat tidak di galakkan ketika mencuci kereta anda. Memang benar, kereta anda boleh kering dengan sendirinya. Namun, ia akan meninggalkan kesan tompokan air pada badan kereta. Jika di biarkan begitu sahaja lama-kelamaan cat kereta anda boleh menjadi rosak. Jadi, setiap kali lepas cuci kereta anda anda perlulah terus lap kereta anda dengan menggunakan kain yang kering supaya tiada kesan air yang melekat.

Baca juga: 5 Tips Sebelum Memulakan Pemanduan Dalam Hujan Lebat Untuk Elakkan Anda Terkandas Di Tengah Jalan

4-Jangan Cuci Kereta Ketika Tengah Panas Terik

Mungkin ada yang beranggapan mencuci kereta pada waktu panas terik adalah salah satu cara yang berkesan untuk berikan kereta cepat kering dan bersih. Sebenarnya, cara ini adalah cara yang salah kerana bahang dari matahari akan menyebabkan sisa sabun dan sisa kotoran menjadi cepat kering dan sekaligus ia kan meninggalkan tompokkan yang akan membuatkan cat kereta anda menjadi rosak.

5-Jangan Menggunakan Air Basuhan Yang Sedikit

Ini antara perkara yang wajib anda elakkan. Membilas kereta menggunakan air yang sedikit sebenarnya, tidak akan menghilangkan kekotorang pada kereta sebaliknya ia akan merosakkan cat kereta anda. Ini kerana, ia mungkin mengandungi pasir atau batu halus daripada rim atau tayar. Jjika anda tidak membersihkanya dengan betul, lama kelamaan batu halus yang masih terdapat pada badan kereta anda itu akan merosakkan kertea anda.

Jika Perkara Sebegini Anda Dapat Elakkan, Abah Car Spa Yakin Yang Kereta Anda Akan Bebas Dari Segala Calar

Tidak susah sebenarnya untuk mengelakkan dari cat kereta anda menjadi rosak atau bercalar. Apa yang penting, anda tahu cara mencuci yang penting supaya cat kereta anda dapat bertahan dengan lebih lama. Diharapkan dengan perkongsian yang Abah Car Spa kongsikan pada kali ini dapat dijadikan sebagai panduan buat anda di luar sana  sewaktu proses cuci kereta. Tidak sukar sebenarnya untuk menjaga cat kereta anda yang penting anda perlu elakkan perkara di atas.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× How can I help you?