Ini saya ceritakan sikit kepentingan mencuci kereta yang patut anda tahu. Benda ni tak boleh buat main-main. Habuk dan kotoran dalam kereta tu kena jaga betul-betul.
Pada masa kini kereta merupakan satu kepentingan. Ia memudahkan pergerakan kita dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Salah satu sebab kenapa kereta sangat penting pada masa kini kerana ia dapat melindungi kita dari hujan panas ketika pergi dan pulang kerja serta ke mana sahaja kita pergi.
Bagaimana kepentingan kereta, begitu juga pentingnya kita menjaga kereta. Kita juga perlu sentiasa memastikan kereta kita di cuci dan di bersihkan paling tidak 1 minggu sekali supaya kita selesa menggunakannya. Tetapi apa pula kepentingan mencuci kereta?. Untuk itu Abah Car Spa nak kongsikan dengan anda 5 Kepentingan Mencuci Kereta Yang Perlu Kita Tahu
Dengan cuaca yang tidak menentu ia sering kali membuatkan kereta kita sentiasa berhabuk. Lagi-lagi mereka yang bekerja melalui jalan berlecak. Ia sudah tentu meninggalkan kesan pada kereta kita. Jika di biarkan begitu sahaja, ia akan menyebabkan cat kereta menjadi pudar dan kusam. Apa yang lebih teruk lama-kelamaan cat kereta anda akan menjadi rosak. Sebab itu, kita sangat di galakkan untuk selalu menghantar cuci kereta dan jika ada bajet yang lebih anda boleh menghantar kereta ke pusat penjagaan kereta untuk di wax dan di polish. Lagipun, pada masa kini sudah ada spa kereta seperti Abah Car spa. Di sini kereta anda bukan sahaja di cuci tetapi juga akan di wax dan polish sebiji seperti kereta baru.
Bukan kita sahaja perlu kelihatan kemas untuk pergi ke mana-mana. Kereta juga perlu kelihatan kemas terutama bahagian dalam kereta. Jika anda menghantar kereta untuk di cuci apa kata anda minta pekerja car wash untuk mencuci bahagian dalam kereta. Tak guna jika kita cuci kereta di bahagian luar sahaja, Tetapi bahagian dalam kereta menjadi sarang serangga perosak seperti lipas. Kereta yang bersih ini malmabangkan perangai diri kita yang bersih.
Bila kereta dalam keadaan yang bersih kita nak memandu pun selesa. Takdelah kita rasa rimas. Bukan itu sahaja, kereta yang bersih juga akan menjadikan kita sihat kerana kita menghirup udara yang bersih dalam kereta. Jika kereta kita kotor dan berbau busuk kita nak memandu pun tak selesa dan bagi yang alergi dengan habuk pasti anda akan merasa sangat terseksa.
Untuk dapatkan kereta yang baik bukan sahaja perlu menjaga bahagian enjin kereta sahaja tetapi bahagian dalaman dan luaran juga penting. Tak guna jika enjin kereta sahaja cantik tetapi bahagian luaran teruk. Seeloknya 3 bulan sekali hantar kereta ke pusat jagaan kereta seperti Abah Car Spa untuk polish dan wax supaya cat kereta kita oleh tahan lebih lama. Jika tidak jangan menangis jika anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak hanya kerana terpaksa untuk cat semula kereta anda.
Bagi pemandu e hailing anda sudah tentu perlu memastikan kereta anda dalam yang bersih. Ia supaya penumpang kita akan merasa selesa apabila naik kereta kita. Bukan pemandu e hailing sahaja, malah semua orang perlu memastikan kenderaan kita bersih supaya penumpang yang naik kereta kita tak kiralah kawan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang naik kereta kita dalam merasa selesa.
Kita perlulah sentiasa menghantar kereta kita untuk di cuci. Jangan biarkan sampai lipas bersarang dalam kereta kita. Jika lipas banyak dalam kereta ini bermakna kereta anda dalam keadaan sangat kotor. Lipas merupakan serangga yang boleh membawa penyakit pada manusia. Jadi jangan serangga yang boleh membawa penyakit berada dalam kereta anda. Tak susah nak jaga kereta. Ini kerana, pada masa sudah banyak spa kereta di wujudkan. Contohnya seperti Abah Car Spa. Jadi anda tak perlu nak pening kepala memikirkan cara untuk mengilatkan kereta. Hantar sahaja pada Abah Car Spa. Mereka akan bantu anda.