Ramai antara kita yang tahu kegunaan Ashtray hanyalah untuk meletakkan habuk rokok. Tetapi ramai yang tidak tahu Kegunaan Ashtray yang sbenarnya. Sebenarnya, Asbak aka Ashtray ada dua jenis iaitu berupa laci yang boleh dibuka dan ditutup. ia biasanya terletak di bawah panel audio atau belakang armrest di bahagian konsol tengah. Manakala satu lagi ashtray merupakan yang jenis mudah alih yang boleh dijadikan pelbagai kegunaan yang sangat awesome.
Ramai yang menganggap ashtray tidak penting dan hanya di gunakan untuk meletak habuk rokok. Namun begitu masih ada banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan ashtray ini. Jadi pada kali ini Abah Car Spa mahu berkongsi dengan anda kegunaan lain ashtray ketika memandu.
Ashtray jenis laci paling kerap di gunakan sebagai meletakkan duit syiling. Malah Abah Car Spa yakin anda juga selalu menggunakan ashtray jenis ini untuk tujuan yang sama. Sebab utama ia sering digunakan disebabkan mungkin tiada tempat yang sesuai untuk meletakkan duit syiling. Dengan adanya tempat meletakkan duit syiling sebegini ia memudahkan untuk bayaran parkir atau untuk duit kecil. Malah dengan meletakkan duit syiling ke dalam ashtray yang tertutup sebegini ia sudah tentu lebih selamat.
Satu lagi kegunaan ashtray ialah boleh di jadikan sebagai tempat letak sampah. Abah Car Spa percaya pasti sukar untuk anda untuk anda buang sampah yang kecil jika tiada ashtray dalam kereta. Selain itu, dengan adanya ashtray sebegini ia boleh mengelakkan dari kereta anda di penuhi sampah gula-gula atau sampai yang bersaiz kecil. Antara sampah yang boleh diletakkan dalam ini ialah tisu, pembalut coklat dan gula-gula, resit ataupun boleh letak abu rokok. Jadi bagi yang merokok tidak perlu bukak tingkap untuk ketis abu rokok ketis sahaja dalam ashtray. Mudah bukan?
Baca Juga: 5 Perkara Salah Yang Sering Anda Lakukan Ketika Anda Cuci Kereta
Ashtray juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai alternatif untuk meletakkan tisu. Mungkin kuantiti yang boleh diletakkan di dalam tidak banyak. Tetapi ia boleh memabantu anda ketika anda sedang memandu. Jadi apabila anda sedang makan atau mungkin anda memerlukan tisu takdelah kelam kabut anda nak kena selongkar laci kereta atau kereta anda hanya semata hendak mencari tisu. Anda hanya perlu keluarkan sahaja tisu dari bekas ashtray ini sahaja. Sangat mudah bukan?
Bagi anda yang memandu terutama memandu bagi perjalanan jarak jauh, biasanya akan menjadikan gula-gula sebagai snek bagi menghilangkan rasa mengantuk. Tetapi jika anda mahu letak gula-gula pasti anda mahu letak dalam bekas yang tertutup rapat supaya tidak di datangi semut. Jadi salah pilihan yang ada ialah Ashtray. Selain dari fungsi di atas, ramai yang menjadikan ashtray sebagai tempat letak gula-gula.
Abah Car Spa percaya pasti ramai yang menjadikan ashtray sebagai tempat untuk meletakkan kad. Terutama sekali kad Touch nGo. Salah satu sebab kenapa ramai yang memilih ashtray untuk dijadikan sebagai tempat letak kad adalah kerana, ia memudahkan anda. Terutama kad Touch nGo. Dekat sini sahaja sudah menjimatkan masa anda. Jadi anda tak perlulah kelam kabut keluarkan dompet anda untuk bayar tol atau bayar parkir nanti.
Ashtray sebenarnya tidak terhad untuk meletakan habuk rokok sahaja, sebaliknya ia boleh di gunakan untuk bermacam kegunaan. Walaupun ia bersaiz kecil tetapi ia sebenarnya merupakan sesuatu yang amat berguna buat kita semua. Cuba bayangkan kalau tiada ashtray di dalam kereta macam mana anda nak buang sampah yang bersaiz kecil? Takkan nak buang melalui tingkap. Ia sudah tentu menjadi kesalahan nanti. Juateru itu kewujudan ashtray ini tidak boleh dipandang remeh. Malah kita perlu guanakan ia dengan lebih kreatif. Bermacam lagi sebenarnya kegunaan ashtray ini, yang penting anda perlu kreatif dan mempelbagaikan lagi kegunaannya ketika anda memandu.
Sumber: Pandu laju