Siapa sangka kereta lama juga sebenarnya boleh kelihatan seperti baru. Walaupun kereta anda merupakan kereta jenis lama tetapi jika anda pandai menghias, ia kelihatan seperti kereta baru.
Pada masa kini anda tidak perlu malu jika mempunyai kereta lama. Anda juga boleh membuatkan kereta anda kelihatan seperti kereta baru dan boleh membuatkan kereta anda mempunyai gajet canggih seperti kereta pada masa kini.
Tidak susahpun untuk membuatkan kereta anda kelihatan seperti kereta baru, asalkan anda tahu cara untuk menghias kereta anda. Selain itu, gajet yang anda gunakan juga memainkan peranan penting untuk membuatkan kereta anda kelihatan moden. Jadi, pada masa kini admin hendak kongsi dengan anda 5 cara yang boleh anda lakukan untuk membuatkan kereta anda kelihatan seperti baru.
Cat kereta mamainkan peranan penting untuk membuatkan kereta anda kelihatan seperti kereta baru. Justeru itu, anda perlu menjaga cat kereta anda supaya kereta anda selalu kelihatan seperi baru. Tidak susahpun untuk menjaga cat kereta. Malah banyak produk penjagaan cat kereta yang boleh anda beli di pasaran. Apa yang penting anda perlu bijak memilih produk yang tidak meninggalkan kesan buruk pada cat kereta anda.
Ramai mereka di luar sana yang mula mengupgrade sistem infortaimaent mereka. Kalau anda perasan keabanyakkan kereta pada masa kini mereka menggunakan sistem infortaiment yang moden. Di mana mereka menggunakan sistem infortaiment yang jenis LCD. Justeru itu, ramai yang sudah mula memasang infortaiment seperti ini di kereta masing-masing. Selain untuk menjadikan kereta kelihatan seperti baru, sistem infortaiment sebegini juga memudahkan anda ketika memandu, kerana ia turut mempunyai sistem nagivasi dan bermacam fungsi lain lagi.
Reverse camera bukan sahaja di pasang pada kereta baru, malah ramai pengguna kereta lama juga sudah mula memasang reverse camera ini di kereta masing-masing. Reverse camera ini bukan semata-mata untuk membuatkan kereta anda seperti baru, sebaliknya ia berfungsi sebagai keselamatan. Ia memudahkan untuk anda melihat visual di belakang kereta anda ketika anda hendak mengundurkan kereta anda. Jadi, takdelah anda terlanggar orang atau terlanggar benda sewaktu anda hendak mengundurkan kereta nanti.
Baca juga: 5 Tips Yang Perlu Anda Lakukan Bila Kereta Rosak Tengah Highway
Hiasan dalaman kereta juga boleh memainkan peranan untuk menjadikan kereta anda kelihatan seperti baru. Pemilihan hiasan dalam yang betul dapat menjadikan kereta kelihatan seolah-olah seperti kereta mewah. Antara aksesori dalaman yang mungkin anda boleh pilih ialah sarung kusyen kulit. Malah, ramai yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membelii sarung kusyen kulit. Ini semua supaya kereta mereka kelihatan cantik dan moden sama seperti kereta yang lain.
Untuk untuk membuatkan kereta anda sentiasa kelihatan baru dan sentiasa kelihatan berkilat, caranya mudah sahaja, anda perlulah menghantar kereta anda untuk di polish dan wax. Ia supaya cat kereta anda kelihatan lebih lama dan dan memberi pelindungan kepada cat kereta anda supaya tidak mudah calar. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadikan kereta anda sentiasa berkilat walaupun sudah lama anda menggunakanya. Tidak susah untuk anda dapatkan perkhidmatan polish dan wax kereta, anda boleh hantar kereta anda ke car spa eperti Abah Car Spa.
Tidak perlua anda membazir duit untuk membeli kereta baru hanya semata-mata nak dapatkan gajet serta teknologi yang canggih. Sebenarnya, jika anda pandai hias kereta anda ia sudah cukup untuk membuat kereta kelihatan baru. Apa yang penting anda selesa ketika memandu dan kereta anda tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh memaningkan kepala anda. Lagipun, dengan mengekalkan kereta lama anda, anda tidak pening-pening nak bayar ansuran kereta. Anda cuma perlu hias sahaja kereta anda cantik-cantik.