Berapa ramai antara anda di luar sana akan mencuci panel pintu kereta mereka setiap kali cuci kereta?. Biasanya, kita akan sering terlupa untuk mencuci bahagian panel pintu kereta.
Mana tidaknya, kebiasaanya kita jarang nampak kekotoran melekat pada panel pintu disebabkan warna fabriknya yang gelap. Tetapi, sebenarnya di bahagian ini juga merupakan salah satu tempat untuk bakteria dan kuman membiak.
Untuk mencuci kereta supaya bersih, bukan hanya cuci pada bahagian dalaman kereta. Malah, bahagian panel pintu juga perlu di cuci. Kita tidak tahu kuman apa yang melekat paada panel pintu kereta.
Jadi, jika di biarkan ia mungkin akan menyebabkan kuman tersebut melekat dan beralih pada dan melakat pada tubuh badan kita. Pada kali ini Abah Car Spa hendak berkongsi dengan anda langkah untuk mencuci panel pintu kereta anda.
Barang-barang yang diperlukan
Perkara pertama skali yang perlua anda lakukan ialah dengan menyediakan bahan pencuci. Untuk menaggal kekotoran pada panel pintu kereta anda tidak perlu menggunakan sabun, sebaliknya anda hanya perlu menggunakan bahan yang selalu kita gunakan ketika di dapur.
Iaitu, dengan hanya menggunakan cuka dan baking soda. Cara untuk buat bahan pencuci sangat mudah, anda hanya perlu campurkan kedua-dua bahan tersebut bersama dengan air suam. Selain dari cara ini anda juga boleh menggunakan bahan pencuci yang di khaskan untuk mencuci bahan pvc seperti panel pintu.
Selepas selesai menyediakan bahan pencuci, langkah seterusnya ialah masukkan bahan tersebut ke dalam botol spray. Kemudian, anda perlu spray bahan pencuci tadi ke panel pintu kereta anda. Sewaktu anda hendak spray bahan pencuci ke panel pintu, pastikan anda berhati-hati kerana ia di kuatiri akan terkena pada komponen elektrik yang terdapat di panel pintu seperti suis pembuka tingkap. Seeloknya, anda tutup komponen elektronik ini dengan plastik supaya air tidak terkena pada komponen tersebut.
Baca Juga: 5 Cara Membersihkan Seat Kereta Sendiri Dengan Cara Diy
Selepas anda lakukan langkah di atas, kini tiba masanya untuk anda mula menyental kekotoran yang terdapat pada panel pintu kereta anda. Tetapi sebelum anda hendak menyental anda perlu tahu materialnya. Jika, ia diperbuat dengan campuran material jenis fabrik, elakkan dari menyentalnya dengan terlalu kuat. Ini kerana ia dikuatiri akan merosakkan fabrik tersebut. Tetapi jika ia di perbuat dari bahan jenis PVC tiada masalah untuk anda menyental dengan kuat.
Dalam pada masa yang sama anda perlu berhati-hati supaya bahan pencuci yang anda gunakan untuk menyental tidak terkena pada komponen elektrik yang terdapat pada pintu. Ia mungkin boleh merosakkan komponen elektrik tersebut.
Setelah anda siap melakukan ke semua langkah di atas, langkah terakhir pula ialah lap menggunakan kain yang bersih dan kering. Lap keseluruhan kawasan yang anda cuci tadi dengan sebersihnya dan tidak meninggalkan sebarang sisa kotoran. Anda boleh meggunakan kain tuala atau apa-apa kain sekalipun asalkan kain tersebut bersih. Selepas itu, anda boleh beralih ke pintu seterusnya sehinggalah ke semuanya bersih seperti baru.
Kadang-kala kita tidak sedar yang kuman dan bakteria membiak di tempat sebegini. Justeru itu, bila anda hendak mencuci kereta pastikan ke semua bahagian ini anda sentiasa di cuci supaya kereta anda lebih bersih dan tidak menjadi tempat untu kuman membiak. Sebenarnya, bahagian-bahagian sering kali kita terlepas pandang sewaktu mencuci kereta. Padahal ia bukanlah mengambil masa yang lama untuk anda cuci. Diharapkan, dengan perkongsian dari Abah Car Spa ini, dapat di jadikan sebagai panduan untuk anda di luar sana mencuci kendearan mereka sendiri.