Seat kereta merupakan bahagian pertama yang kita akan nampak apabila buka pintu kereta. Tapi apa yang menyedihkan, bila buka sahaja pintu kereta, seat kereta penuh dengan tompokkan kekotoran.
Pasti memberikan pandangan yang menyakitkan mata. Mana tidaknya, bahagian lain sudah bersih tapi bila tengok seat kereta, penuh dengan kesan tompokan kotor. Bila kusyenkereta penuh dengan kesan tompokkan sebegini, sudah pasti anda hendak memandu pun tidak selesa.
kesan tompokkan kekotoran ini tidak akan mudah tertanggal hanya dengan vakum sahaja. Vakum hanya membuang habuk di seat kereta sahaja tetapi ia tidak boleh menanggalkan tompokkan kekotoran. Sebenarnya, anda boleh menanggalkan kekotoran di seat kereta anda dengan mudah dan anda juga boleh melakukanya sendiri.
Tidak susah pun untuk cuci kusyen kereta anda dan anda juga tidak perlu keluarkan bajet yang besar untuk mencucinya. Jadi, pada kali ini Abah Car Spa hendak kongsikan dengan anda cara membersihkan seat kereta sendiri dengan cara DIY. Jom kita baca caranya di bawah ini:
Yang ini anda boleh piih untuk buka seat kereta aatau tidak. Jika anda buka kusyen ia akan lebih memudahkan anda untuk cuci kusyen kereta anda dan boleh jemur kusyen kereta anda selepas selesai. Tapi, kalau anda tak mahu buka pun boleh sebab proses pencucian seat kereta anda tidaklah serumit mana cuma mungkin ia lambat kering.
Langkah seterusnya ialah masa untuk anda meneydiakan bahan pencuci. Caranya sangatlah mudah iaitu hanya campurkan sabun dan air panas kemudian letakkan ke dalam botol spray. Jika anda mempunyai bahan pencuci yang khusus, anda boleh gunkanya. Dalam memilih bahan pencuci, anda perlu berhati-hati kerana ada sesetengah bahan pencuci sangat tidak sesuai dan boleh merosakkan sarung seat kereta anda. Jadi, pilih bahan pencuci yang sesuai.
Baca Juga: 5 Cara Yang Sangat Awesome Untuk Kereta Lama Kelihatan Seperti Baru
Setelah selesai proses dia atas, kini tiba masanya untuk anda mula mencuci seat kereta anda. Caranya sangat mudah, anda cuma perlu sembur sabun yang telah anda buat tadi di tempat yang ada tempat yang ada tompokkan kekotoran. Pastikan anda spray dengan rata ke seat kereta anda supaya mudah untuk anda menanggalkan kekotoran pada kusyen kereta anda nanti.
Selepas itu, anda boleh mula membersihkan segala kesan kotor di seat kereta anda dengan cara memberus. Seeloknya, gunakan gunkan berus yang tidak terlalu kasar sebab berus yang terlalu kasar akan menyebabkan lapik seat kereta anda koyak. Elakkan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut. Sebabnya, bila anda menyental ia dikuatiri akan menyebabkan sabut dari berus tersebut terlerai dab tertanam di dalam kusyen kereta anda.
Setelah selesai Ke semua Langkah di atas, kini tibalah masanya untuk langkah terakhir iaitu lap dengan kain bersih yang di basahkan dengan air suam dan bilas kain tersebut suapaya. Anda perlulah melakukanya berulang kali sehingga sisa sabun yang anda gunakan tadi hilang. Dan kemudianya, lap menggunakan kain yang bersih sehingga kering dan hilang segala kesan kotor
Tidak susah sebenarnya untuk mencuci kusyen kereta anda. Malah, anda boleh melakukanya dengan sendiri. Sebenarnya, jika anda membiarkan kusyen kereta anda tidak bercuci dan biarkan tompokkan kekotoran yang terdapat pada kusyen kereta begitu sahaja, ia sebenarnya akan membuatkan kuman serta bakteria akan membiak. Disebabkan itu, ia akan menyebabkan kereta anda berbau busuk dan seterusnya akan menjadikan anda tidak selesa ketika memandu