Benda Berbahaya

5 Benda Berbahaya Yang Dilarang Diletakkan Di Dalam Kereta

Benda Berbahaya

Ada segelintir pemandu di negara kita suka meninggalkan barang di dalam kereta. Namun, ada antara barang barang tersebut merupakan benda berbahaya dan boleh mendatangkan keburukkan jika meninggalkan di dalam kereta terutama jika di tinggalkan dalam tempoh masa yang lama.

Ada antara barang yang di tinggalkan boleh menyebabkan berlakunya letupan dan seterusnya boleh menyebbakan berlakunya ke bakaran pada kereta anda. Ia sudah pasti boleh menyebabkan  nyawa anda melayang begitu sahaja.

Anda Perlulah Elakkan Dari Meletakkan Benda Berbahaya Seperti Di Bawah Ini Di Dalam Kereta Anda Bagi Mengelakkan Nyawa Anda Melayang

Justeru itu, mulai dari sekarang anda perlulah elakkan dari meletakkan benda berbahaya di dalam  kereta anda. Pasti anda tertanya apa benda berbahaya yang Abah Car Spa maksudkan? nak tahu jawapanya jom baca di bawah ini:

1-TIN AEROSOL/SPRAY

Ini merupakan benda berbahaya yang sering kita letakkan di dalam kereta. Tindakkan sebegini sebenarnya boleh membawa padah pada diri anda. Ini kerana, aerosol dan spray merupakan barang yang mudah terbakar dan perlu di simpan di tempat yang bersesuaian dan tertutup seperti di dalam stor dan bukanya di simpan di dalam kereta bagi tempoh masa yang lama. Apabila ia ditinggalkan di dalam kereta dengan suhu yang panas ia akan menyebabkan berlakunya letupan dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

2-PEMETIK API

Bagi perokok tegar ini antara benda berbahaya yang sering di tinggalkan pemetik api di dalam kereta.  Kita boleh lihat di dalam kereta perokok tegar pasti mempunyai pemetik api yang banyak. Mungkin bagi perokok ia sangat memudahkan mereka apabila mereka mahu menyalakan rokok. Sebenarnya sikap mereka yang suka meninggalkan pemetik api di dalam kereta boleh membahayakan diri mereka. Ini kerana pemetik api sebenarnya merupakan benda yang mudah meletup jika ditinggalkan di dalam suhu yang terlalu panas.

3-PETROL

Ini juga merupakan benda berbhaya yang sering kali pemandu di negara kita lakukan. Ada juga pemandu yang suka menyimpan petrol di dalam kereta. Bagi mereka ia lebih mudah jika kereta kehabisan minyak, mereka boleh terus menggunakan sahaja petrol yang di simpan. Tetapi tindakkan menyimpan petrol di dalam kereta boleh menyebabkan berlakunya kebakaran lebih-lebih lagi jika percikan api pada wayar dalam kereta.

4-UBAT GEGAT/BAHAN BERACUN

Ramai yang beranggapan dengan meletakan ubat gegat di dalam kereta ia adalah satu penyelesaian yang terbaik untuk membunuh lipas. Namun, ia bukanlah sesuatu yang baik. Malah ia salah satu benda berbahaya jika diletakkan dalam kereta dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana, jika ia di tinggalkan di dalam kereta dengan suhu yang panas terlalu lama, ubat gergat ini akan cepat meruap dan akibatnya kita yang akan menerima kesan yang buruk dan boleh menyebabkan anda sesak nafas serta boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

5-PERALATAN ELEKTRONIK

Peralatan elekronik merupakan salah satu benda bahaya letak dalam kereta. Memang tidak dinafikan salah satu sebab kenapa kita tinggalkan peralatan elektronik seperti powerbank dalam kereta supaya mudah untuk kita gunakan Ketika waktu kecemasan. Namun begitu pernah tak anda tahu kesan buruk meninggalkan peralatan elektronik di dalam kereta. Sebenarnya, meninggalkan barangan elektronik dalam tempoh masa yang terlalu lama boleh menyebabkan berlaku ledakan. Ini kerana, peralatan elektronik seperti ini sebenarnya tidak boleh tahan dalam suhu yang terlalu panas. Tidak hairanlah, jika kes kereta terbakar banyak berlaku si negara kita. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh kecuaian mereka yang meninggalkan peralatan elektronik di dalam kereta.

Anda perlulah Mengelakkan Dari Membawa Benda Berbahaya Seperti Ini Uuntuk Menyelamatkan Nyawa Anda

Barang seperti ini sememangya boleh menyebabkan nyawa anda melayang dan sangat bahaya jika anda biarkan dalam kereta and untuk satu tempoh masa yang lama. Lagipun, sudah banyak kes kebakaran kereta yang berlaku berpunca dari barang-barang seperti ini. Jika, anda masih mempunyai benda berbahaya seperti ini di dalam kereta anda, Abah Car Spa nasihatkan supaya anda keluarkan barang-barang tersebut dari kereta anda. Ia bagi menyelamatkan nyawa anda.

Baca Juga: 4 Tips Penjagaan Cermin Kereta Yang Patut Anda Tahu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× How can I help you?