Jika anda bawa anak kecil ketika memandu ada beberapa barang yang wajib ada di dalam kereta. Barang-barang ini memudahkan anda ketika memandu terutama sekali ketika memandu perjalanan yang jauh.
Kadang-kala ketika memandu, anak kecil pasti akan buat perangai seperti muntah dalam kereta atau sepahkan kereta. Sudah tentu, ia akan membuatkan anda semua pening kepala untuk memikirkan cara terbaik untuk membersihkan kekotoran yang di buat oleh si kecil.
bagi mereka yang baru menimang cahaya mata, sudah tentu anda mahukan bayi anda memiliki apa saja yang diperlukannya untuk gembira, selamat dan sihat sepanjang masa.
Ada beberapa barang yang wajib ada di dalam kereta yang sepatutnya disediakan bersama kerusi kereta bayi. Tujuannya adalah untuk membuatkan perjalanan anda dan si kecil lebih mudah, selesa dan selamat. Nak tahu apa baramg yang Abah Car Spa maksudkan? Jom baca di bawah ini:
Apabila anda hendak memandu untuk destinasi yang jauh memang agak sukar untuk anak anda minum menggunkan botol susu. Di tambah pula dengan reka bentuk dia yang mudah tumpah. Pastinya menyukarkan anda. Jadi, anda boleh tukarkan botol susu tadi dengan cawan hirup. Cawan hirup di reka dengan pemegang yang mudah digenggam oleh si kecil anda. Ibu juga tidak perlu risau jika anak anda menggunakan cawan ini, kerana cawan ini direka khas supaya ia tidak mudah tumpah sekiranya si kecil anda mencampak atau terjatuhkannya.
Pelapik kusyyen merupakan barang yang wajib ada di dalam kereta anda apabila anda membawa si kecil anda keluar. Pasti ada di antara anda yang mengalami situasi anak kencing di kusyen kereta anda. Bila situasi ini berlaku, pasti pening kepala anda jika hendak membersihkanya. Jadi, untuk mengelakkan dari situasi ini dari berlaku, anda sangat di galakkan untuk menggunakan pelapik kusyen ini. Ia sangat memudahkan anda dan anda tidak perlu penat-penat nak cuci kusyen anda lagi lepas ini.
Baca juga: 5 Alat Bantuan Kecemasan Yang Wajib Ada Dalam Kereta Anda
Karpet getah sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Dengan adanya karpet ini ia telah memudahkan anda untuk mencuci karpet kereta anda jika anak anda tumpahkan makanan. Berbeza pula dengan menggunkan karpet jenis fabrik, jika anak anda tumpahkan minuman atau makanan sukar untuk anda cuci karpet kereta anda.
Kulit bayi sangat lembut, sebab itu kebanyakkan ibu bapa tidak akan mendedahkan anak mereka dengan cahaya matahari secara berterusan. Begitu juga ketika memandu, Ramai ibu bapa yang sudah mula memasang visor tingkap. Ini kerana, dengan memakai visor tingkap ia dapat mengurangkan silau dan menjaga si kecil dengan selamat dalam kerusi kereta. Bukan itu sahaja, anak anda juga selamat sebab orang dari luar tidak dapat melihat si kecil anda. Sekali gus, ia dapat mengelakkan dari berlakunya kes penculikkan.
Tisu basah juga antara barang yang wajib ada di dalam kereta anda. Ia sangat memudahkan anda jika terdapat tumpahan air atau tumpahan sisa makanan di dalam kabin kereta anda. Dengan adanya tisu basah ini juga anda dapat mengelakkan dari sisa kekotoran terus melekat dan boleh menyebabkan kereta anda berbau busuk. Ia sememangnya sangat bagus terutama buat anda yang gemar memandu destinasi yang jauh.
Justeru itu, barangan yang Abah Car Spa sebutkan tadi, memang wajib ada dan anda perlu membawa ia sekali apabila anda membawa anak anda keluar. Bila anda barang sebegini, anda sudah tidak perlu risau lagi jika anda hendak bawa anak anda keluar ke mana-mana sahaja. Sebab itulah, Abah Car Spa katakan ini adalah barang yang wajib ada di dalam kereta.