Abah Car Spa yakin pasti ramai antara anda di luar sana yang suka cuci kereta.
Malah ramai antara anda di luar sana yang lebih gemar cuci kereta sendiri berbanding menghantar kereta anda ke car wash.
Abah Car Spa percaya pasti ramai yang beranggapan cuci kereta dengan sendirinya rasa lebih puas hati berbanding dari hantar ke kedai.
Namun begitu, anda juga perlu tahu kadang-kala ada bahagian dalaman kereta yang anda terlepas pandang dan anda tidak cuci.
Akibatnya, kereta anda masih berbau busuk dan masih menjadi tempat untuk serangga perosak seperti lipas bersarang. Ada juga yang pening memikirkan kenapa lipas masih lagi bersarang walhal anda sudah cuci kereta. Ini kerana ada bahagian dalaman kereta yang anda lupa cuci. Jadi pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsi dengan anda semua 5 bahagian dalaman kereta yang sering kali anda terlepas pandang ketika cuci kereta.
1-Karpet
Abah Car Spa yakin setiap kali anda basuh kereta anda pasti akan vakum kereta anda. Namun, Abah Car Spa nak bertanya dengan anda pernah atau tidak setiap kali anda cuci kereta anda basuh sekali karpet kereta?. Abah Car Spa percaya tidak ramai yang akan basuh karpet kereta masing-masing. Sebenarnya. setiap kali anda cuci kereta bahagian karpet juga perlulah di cuci sekali. Ini kerana, bahagian karpet kereta adalah bahagian paling kotor yang terkandung debu dan kesan-kesan kekotoran seperti sisa makanan atau kesan lumpur. jadi, setiap kali anda hendak basuh kereta Abah Car Spa nasihatkan supaya anda basuh sekali karpet kereta anda.
2-But Kereta
Abah Car Spa yakin pasti anda tidak pernah terfikir untuk mencuci bahagian but kereta. Malah Abah Car Spa percaya pasti ramai di antara anda yang tidak pernah langsung untuk cuci bahagian but kereta. But kereta ini ibarat stor bagi kita semua. Di situlah tempat untuk anda letak barang untuk di bawa ke mana-mana. Lagi-lagi bila anda beli barang basah, kadang-kala air yang terdapat pada barang basah tersebut menitik dan terkena pada lantai but kereta. Jika tidak di cuci ia sudah pasti akan meninggalkan bau yang sangat busuk. Tambahan pula kebanyakkan kereta baru sekarang ini sudah mempunyai lapik khas atau vinil yang memudahkan lagi untuk anda cuci. Nasihat Abah Car Spa sentiasa pastikan bahagian but kereta ini di cuci kalau tidak jangan terkejut kalau kereta anda bau busuk nanti.
3-Siling Bumbung
Siapa Sangka bahagian bumbung kereta juga anda perlu cuci sekali sekala. Ini kerana, bahagian siling bumbung kereta mampu memerangkap bauan seperti asap rokok dan makanan. Akibatnya ia akan menghasilkan satu tomokkan kekotoran di bahagian siling bumbung kereta anda. Tidak susah pun untuk cuci bahagian hanya lapkan dengan menggunakan kain lembam dan lap keseluruhan siling bumbung.
Baca juga: CAR SPA VS CAR WASH, YANG MANA MENJADI PILIHAN?
4-Tempat Letak Cawan
Abah Car Spa percaya bahagian ini adalah bahagian yang paling kerap di gunakan oleh anda. Abah Car Spa juga percaya kadang kali bahagian ini anda cuma vakum sahaja dan tidak di cuci dengan cara yang betul. Sebenarnya, ada cara yang lebih sesuai yang ingin Abah Car Spa kongsikan dengan anda iaitu, dengan cara menyental bahagian ini dengan berus kecil dan lap menggunakan kain yang sedikit lembab.
5-Kerusi Kereta
Abah Car Spa sarankan supaya anda lebih mengutamakan bahagian kereta. Ini kerana, kadang kala anda hanya vakum sahaja bahagian kerusi kereta bagi menghilangkan habuk. Namun anda terlupa bahagian bahgian kerusilah paling mudah untuk kulat membiak lagi-lagi jika ada tumpahan air. Lama-kelamaan ia akan membentuk tompokkan hitam pada kerusi anda. Jadi sekali-sekala Abah Car Spa sarankan supaya anda mencuci bahagian kerusi kereta anda.
Nasihat Abah Car Spa setiap kali anda mahu cuci kereta bahagian-bahagian ini perlulah anda cuci sekali. Dengan cara ini bukan luar kereta anda sahaja yang bersih, tetapi juga bahagian dalaman kereta juga akan kelihatan bersih dan terhindar dari bau yang kurang menyenangkan. Diharapkan juga, perkongsian dari Abah Car Spa dapat jadi panduan buat anda untuk mencuci kereta dengan betul.