Abah Car Spa yakin setiap orang di negara kita pasti mempunyai sebiji kereta. Kereta merupakan satu keperluan buat kita pada masa kini. Namun, apa guna ada kereta jika kita tidak tahu cara menjaganya. Ia merupakan satu kepentingan buat kita untuk mengetahui cara penjagaan kereta yang betul. Jadi pada kali ini Abah Car Spa nak kongsikan dengan anda semua salah satu tajuk mengenai penjagaan kereta.
Seperti yang Abah Car Spa sebutkan tadi, amat penting untuk kita semua tahu mengehai penjagaan kereta. Tak guna jika hanya rumah dah diri sahaja yang kita jaga tapi kereta kita dan macam kapal karam. Mana tidaknya terlalu bersepah dan kotor. Jadi bagi anda yang nak tahu tips penjagaan kereta yang terbaik, anda boleh skroll di bawah ini.
1-SEDIAKAN TEMPAT LETAK TISU
Tisu merupakan salah satu keperluan yang perlu ada di dalam kereta. Ia memudahkan kita untuk mengelap tangan atau mengelap apa sahaja dalam kereta. Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk meletakkan tisu tersebut. Jadi Abah Car Spa cadangkan supaya anda laburkan sedikit wang anda untuk membeli tempat tisu. Bila ada tempat letak tisu takdelah tisu bersepah dalam kereta anda.
2.GUNAKAN PENYEMBUR PEMBASMI KUMAN UNTUK HILANGKAN BAU HAPAK
Abah Car Spa yakin pasti anda tidak selesa jika memandu dalam kereta yang bau hapak dan penuh dengan habuk. Jadi untuk hilangkan bau hapak pada kerusi kereta, anda boleh menggunakan penyembur pembasmi kuman. Atau satu lagi cara anda boleh menggunakan serbuk penaik dengan cara menaburkan ke atas kerusi dan biarkan selama beberapa minit sebelum anda bersihkan kawasan yang anda taburkan serbuk penaik tadi dengan menggunakan vakum.
Baca Juga: Beli Kereta Sambung Bayar Bagus Atau Tidak? Ini 5 Risiko Yang Anda Akan Hadapi
3-GUNAKAN LAPIK KERUSI
Bagi yang mempunyai anak yang terlau aktif, anda pasti pening kepala. Ialah mana tidaknya habis kusyen kereta anda di kotorkanya. Nak tanggalkan kekotoran tu pula bukanya sesuatu yang mudah. Tapi takpe Abah Car Spa ada satu cadangan untuk anda yang menghadapi situasi sebegini, cadanganya ialah anda beli sahaja lapik kusyen. Lapik kusyen sebegini boleh di beli dengan mudah di kedai aksesori kereta. Jadi bila ada lapik kusyen takdelah anda pening lagi.
4-LETAK PEWANGI KERETA
Bagi yang nak kereta mereka sentiasa wangi dan segar anda boleh letakkan pewangi kereta. Wangian yang sesuai untuk diletakkan adalah wangian yang jenis lembut. Wangian jenis macam ni akan membuatkan anda merasa segar dan selesa ketika memandu. Lagipun pada masa kini sudah banyak wangian kereta yang di di jual di pasaran dan bermacam jenis bauan yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. Wangian kereta yang seringkali mendapat sambutan ialah wangian semula jadi yang mana ia boleh membuatkan anda tenang ketika memandu. Jadi anda boleh dengan sangat mudah.
5-LETAK TEMPAT PENYIMPANAN BARANG
Bagi yang mungkin terlalu sibuk dengan kerja pastinya kereta anda penuh dengan barang kerja anda, jadi apa kata anda beli tempat letak barang di belakang seat anda. ia akan membuatkan kereta anda sentiasa menjadi kemas. Anda juga tidak serabut bila nak bawa kereta. Bukan itu sahaja, dengan adanya tempat penyimpanan barang ia akan memudahkan anda untuk menyimpan barang dengan mudah. Bukan sahaja mudah simpan barang malah anda hendak cari barang pun mudah.
Kita perlu sentiasa memastikan supaya kereta kita sentiasa kelihatan bersih dan serangga seperti lipas dan tikus tidak bersarang dalam kereta kita. Serangga seperti ini akan membawa penyakit kepada manusia. Jika kereta anda kotorsudah pasti anda nak bawa kereta anda pun berasa tidak selesa. penjagaan kereta bukan hanya pada kebersihat sahaja, tetapi juga anda perlulah sentiasa memastikan kereta anda sentiasa kemas. Walau sesibuk mana sekalipun ambil masa paling tidak 2 minggu sekali untuk anda cuci dan kemas kereta anda.