Alat bantuan kecemasan adalah antara alat yang penting dan wajib ada dalam kereta anda. Ini kerana, alat ini akan membantu anda jika menghadapi sebarang kesulitan ketika memandu.
Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi ketika memandu di atas jalan raya. Lebih-lebih lagi jika memandu pada waktu malam. Sebab itulah dalam kereta wajib ada alat bantuan kecemasan ini. Alat-alat ini dapat membantu anda ketika kereta anda rosak di tepi jalan. Bukan itu sahaja, alat ini juga dapat mengelakkan dari anda mengalami kemalangan ketika anda hendak baiki kereta di tepi jalan.
Justeru itu, tidak hairanlah kalau alat bantuan kecemasan ini wajib ada dalam kereta anda. Malah, boleh di katakan setiap kereta pasti ada alat bantuan kecemasan ini. Bagi yang baru belajar bawa kereta pastikan alat bantuan kecemasan ini mencukupi. Jika tidak sukarlah anda kalau terjadi apa-apa. Jadi pada kali ini Abah Car Spa ingin berkongsikan dengan anda semua 5 alat bantuan kecemasan yang wajib ada dalam kereta anda.
Ini antara alat bantuan kecemasan yang wajib ada dalam kereta anda semua. Kita tidak tahu bila masa kereta anda akan rosak. Kadang-kala sewaktu memandu di atas lebuh raya kereta anda juga boleh rosak. Apa yang lebih parah anda tidak mempunyai peralatan untuk membaiki kerosakan pada kereta anda. Ia sudah semestinya menyukarkan anda untuk membaiki kereta. Jadi, bila ada peralatan yang mencukupi bolehlah anda baiki kereta atau menukar tayar kereta anda dahulu sementara hendak ke bengkel kereta yang berhampiran.
Alat bantuan kecemasan yang seterusnya ini pula sangat penting. Segi tiga keselamatan adalah antara barang yang wajib ada dalam setiap kereta. Kegunaan segi tiga keselamatan ini adalah sebagai tanda amaran yang kereta anda sedang bermasalah dan terpaksa berhenti di tepi jalan. Dengan meletakkan segi tiga keselamatan ini, pemandu leain akan menyedari yang kereta anda sedang menghadapi masalah dan seterusnya dapat mengelakkan dari berlakunya perlanggaran.
Baca Juga:4 Jenis Karpet Kereta Yang Menjadi Pilihan Ramai
Jumper bateri juga merupakan salah satu alat bantuan kecemasan yang perlu ada dalam kereta anda. Dengan ada alat ini ia memudahkan anda untuk menghidupkan kereta anda sekiranya bateri kereta anda mengalami masalah. Ada bermacam jenis jumper yang dijual di pasaran. Salah satunya jumper kereta jenis yang menggunakan power bank tanpa perlu menggunakan kereta lain untuk menghidupkan kereta anda.
Alat bantuan kecemasan yang seterusnya ini jarang sekali ada dalam kereta anda. Malah, tidak ramai yang meletakanya di dalam kereta. Ada yang beranggapan alat pemadam api hanya sesuai untuk bangunan sahaja kerana fizikalnya yang besar dan berat. Sebenarnya, sudah banyak pemadam api mudah alih yang dicipta khas untuk diletakkan di dalam kereta. Malah, alat pemadam api sebegini sangat mudah di dapati di pasaran. Alat pemadam api sangat penting dan wajib ada dala kereta kita kerana ia sangat berguna ketika kereta anda terbakar dan anda gunakan ia untuk membantu pengguna jalan raya lain yang terbabit kebakaran.
Tidak ramai yang menyediakan tukul cermin di dalam kereta mereka. Tukul cermin adalah salah satu alat bantuan kecemasan yang sangat penting dan sangat berguna jika anda terlibat dalam kemalangan. Jika anda terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan pintu kereta anda tidak boleh di buka atau apa sahaja situasi yang memerlukan anda keluar dengan cepat, tukul cermin ini dapat membantu anda dengan memecahkan cermin dengan pantas, iaitu cuma sekali hentakan sahaja.
Kesimpulanya, alat-alat ini sememangnya amat penting dan sangat berguna buat diri kita. Bayangkan kalau tiada alat-alat ini, ia bukan sahaja menyukarkan anda untuk membeiki kereta malah nyawa anda juga boleh melayang. Justeru itu, anda perlulah memastikan alatan ini lengkap di dalam kereta anda. Malah, ia alatan yang wajib ada bagi ke emua pemilik kereta.