Karpet kereta merupakan salah satu aksesori kereta yang kurang di ambil berat oleh segelintir mereka di luar sana. Karpet kereta sebenarnya mempunyai pelbagai jenis dan juga kelebihan yang tersendiri. Tidak terkecuali juga mempunyai kelemahan yang tersendiri.
Selain dari memberikan keselesaan kaki anda ketika memandu, karpet kereta juga melindungi kereta anda dari segala jenis kekotoran. Pada masa kini karpet kereta tidak sama seperti dahulu. Pada masa kini karpet kereta mempunyai pelbagai jenis material dan juga design yang sangat menarik.
Bermacam jenis material karpet yang boleh anda pilih untuk mencantikkan kereta anda dan untuk memberi keselesaan pada kaki anda ketika memandu. Malah, Abah Car Spa percaya pasti ada antara karpet kereta ini anda sedang gunakan. Jom kita lihat kelebihan serta kekurangan karpet kereta yang menjadi pilihan ramai.
Kebiasaanya, apabila anda beli kereta akan terus dapat karpet jenis fabrik. Malah ada yang gemar memilih karpet dari material seperti ini. Sebenarnya, banyak kelebihan menggunakan karpet jenis macam ini. Antaranya mempunyai pelbagai jenis design dan warna yang menarik. Ini kerana, jika kita lihat di pasaran karpet kereta jenis ini di datangkan dalam pelbagai rekaan yang menarik malah ada yang siap diletakkan logo kereta. harga dia juga sangat berpatutan.
Walaupun, karpet jenis ini banyak kelebihan dia, namun dalam pada masa yang sama karpet kereta jenis ini juga tidak lari dari kelemahan dia. Antara kelemahanya, ialah ia mudah menjadi tempat untuk habuk serta kekotoran berkumpul. Justeru itu, anda perlu sentiasa membersihkan karpet ini. Satu lagi kelemahanya ialah jika selalu di gunakan lama-kelamaan ia boleh menjadi lusah dan reput.
Baca Juga: 4 Kesilapan Ketika Mencuci Kereta Yang Menyebabkan Cat Kereta Menjadi Rosak
Bagi anda yang ada anak kecil sudah pasti anda akan tercari-cari karpet yang tahan lasak dan mudah untuk di jaga. Jadi apa kata kalau anda pilih sahaja karpet jenis material getah. Karpet jenis ini mendapat permintaan tinggi. Mana tidaknya karpet kereta jenis ini bukan sahaja mudah di jaga malah karpet ini juga jenis tahan lasak dan tidak mudah reput. Kalau ada kekotoran yang melekat sekalipun, anda tidak perlu pening kepala untuk membersihkanya kerana material jenis getah memang sangat mudah untuk dibersihkan dan boleh di cuci dengan menggunakan air.
Vinil juga merupakan salah satu karpet yang menjadi pilihan ramai. Malah ramai yang menggunakan karpet jenis ini. Antara sebabnya ialah harganya yang sangat murah. Ditambah pula dengan pelbagai warna dan design yang sangat menarik sudah pasti ia menjadi pilihan untuk mereka yang mahu menghias dalaman kereta supaya kelihatan cantik dan menarik. Namun begitu, walaupun harga dia murah, namun ia memerlukan anda untuk menjaga dengan baik. Ini kerana, material karpet sebegini mudah pecah, atau bergulung jika anda tidak jaga dengan baik.
Karpet jenis ini merupakan antara karpet yang sangat popular. Malah boleh dikatakan kebanyakkan kereta sekarang sudah mula menggunakan karpet sebegini. Didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz ketebalan, karpet pvc ini sangat cantik jika di gunakan di dalam kereta. Lagi-lagi jika kabin kereta anda mempunyai tema warna yang anda idamkan. Lagilah dalaman kereta kelihatan sangat cantik. Karpet jenis ini di jual sama ada sudah siap di potong atau anda perlu potong sendiri mengikut saiz yang anda ingin. Harganya juga berbeza mengikut kualiti dan ketebalan karpet ini.
Tidak kiralah apa pun karpet yang anda gunakan, apa yang penting ia dapat mengelakkan dari kekotoran berkumpul di lantai kereta anda yang akan menyebabkan bau yang kurang enak akan muncul. Jjusteru itu, anda perlulah pilih karpet yang terbaik untuk anda gunakan di dalam kereta.